Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, December 17, 2009

PESANAN & UCAPAN KETUA PAS BUKIT SENTOSA 2

assalamualaikum

Ana dan keluarga ana mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya kepada ahli Pas dan Ajk cawangan BukitSentosa2 sempena 1 Muharam1431
Hijrah bersamaan 18/12/09.Semoga adanya peningkatan amal dan usaha bagi meneruskan perjuangan Islam dan berani menghadapi dugaan atau mehnah perjuangan.Kekurangan dan kelemahan bukan penghalang didalam meletakkan Islam pada tempatnya macam mana telah ditunjukkan oleh rasullah dan para sahabatnya.Hanya kemahuan dan kesungguhan boleh menjadi modal yang berguna untuk melihat Pas cawangan Bukit Sentosa2ceria dari masa kemasa dan tidak statik dan beku.Diharapkan ahli-ahli Pas dan ajk cawangan mengambil kesempatan untuk berlumba-lumba membuat amal dan memajukan Pas cawangan mengikut kemampuan dan kebolehan serta bakat yang ada.Sekali ana ucapkan jazakallahkasira pada ahli-ahli pas dan ajk cawangan yang telah memberi sumbangan dan khidmat untuk memajukan Pas cawangan Bukit sentosa2.Semoga usaha anta semuanya akan mendapat pembalasan yang besar dari Allah sw.t serta diletakkan bersama dengan didalam golongan yang solleh.Selamat tahun baru ana ucapkan sekali lagi kepada seluruh umat islam dengan memperbaharui azam dan membaik mutu ibadah serta merapatkan ukhwah sesama kita.

No comments: