Dalam akhbar Sinar Harian hari semalam, penganalisis politik Prof Datuk Zainal Kling mengakui bahawa hasrat Umno Selangor untuk merampas kembali negeri Selangor dalam PRU ke 13 nanti tidak akan tercapai oleh kerana beberapa faktor termasuklah kerana tiada pemimpin yang berwibawa untuk memegang teraju di negeri ini.
Ini bermakna selagi Khir Toyo dan Noh Omar diharapkan, maka selagi itulah kelam dan suram harapan parti berkenaan.
Selain itu pimpinannya juga berterusan bertelagah sesama sendiri dan masih belum kebah-kebah dari kekalahan ngeri mereka pada PRU ke 12 lalu.
Yang ketaranya, Prof Zainal tidak pula menyebut berkenaan MIC, MCA dan Gerakan iaitu rakan komponan BN di Selangor. Apakah Umno Selangor sahaja memegang tugas untuk merampas kembali Selangor? Seolah MCA, MIC dan Gerakan sudah pupus tiada berperanan lagi di negeri ini!
Sebagai seorang penganalisis yang cenderung pada Umno dan BN ternyata kenyataan Prof Zainal ini suatu petanda buruk buat Umno Selangor. Namun PR janganlah pula berasa besar kepala dan tidak bekerja kuat. Berilah tumpuan pada memperkasakan jentera masing-masing. PAS contohnya mesti memperteguhkan safnya, memperkasakan jentera parti dan terus bekerjasama dan melangsungkan hubungan erat dalam PR.
Dalam keadaan Umno tenat, PAS mesti bingkas bangun segar dan bertenaga. Setiap EXCO, ADUN, ahli-ahli majlis, ketua-ketua kampung PAS dan begitu juga rakan-rakan PKR dan DAP mestilah mempamirkan corak kepimpinan yang baik, telus dan berwibawa supaya rakyat terus selesa dan yakin dengan kita.
Kerajaan PR Selangor perlu buktikan yang ia berbeza dan jauh lebih baik dari kerajaan BN dahulu. Jika ini dapat dicapai dan dikekalkan suram muramlah Umno Selangor sampai bila-bila (ikutlah jejak Dato Kapten Zahar, tinggalkan Umno jom masuk PAS dan sokong PR).
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salam sahabat,
UMNOngok memamg bodoh selama-lamanya. Cuma kaum dia saja yg mengatkan dia cerodik.
"Kerajaan PR Selangor perlu buktikan yang ia berbeza dan jauh lebih baik dari kerajaan BN dahulu."
Kerajaan BN tak robohkan dewan-dewan yang digunapakai oleh rakyat untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan, pendidikan dan keagamaan.
Kerajaan PR tak roboh dan rampas surau & masjid cara jijik seperti Kerajaan Khir Toyo - Selangor dan Idris Jusuh di Terengganu . Teman alami semasa di Taman Kosa Ampang bila Msjid Fatima Zahra dirampas .
Kes roboh dewan di Flat Gugusan Melati Seksyem 4 adalah dewan haram didirikan UMNO. Kalau nak mengaji boleh dibuat di surau berdekatan.Masjid yang UMNO roboh masjid yang sah.Ajk surau & Masjid yang dirampas adalah pilihan kariah bukan diarah macam UMNO.MCA & MIC pun hormat rumah ibadatnya.
Post a Comment