Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, December 30, 2009

PEMBETULAN ... BUKAN 70 TAPI 74 ORANG ?

Pengerusi Barisan Nasional(BN) Datuk Seri Najib Tun Razak memandang berat kejadian ramai 74 orang dari 137 Ahli Parlimen BN gagal hadir semasa pengundian untuk meluluskan Bajet 2010 itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak ia berulang.

Ulasan Berita pagi ini 30 Disember 2009 mengatakan 74 orang Ahli Parlimen yang tidak dapat hadir pad 14 Disember malam tersebut.
Sambil menyifatkan insiden itu sebagai serius, Perdana Menteri berkata, beliau telah mengarahkan semua timbalan menteri dan Ahli Parlimen BN supaya hadir pada sesi berkenaan.
Semasa pengundian itu, Bajet diluluskan dengan hanya kelebihan tiga undi iaitu 66 menyokong dan 63 menolak.
Daripada segi komposisi, BN mempunyai 137 wakil di Dewan Rakyat berbanding 82 pembangkang dan tiga anggota Bebas.

Nancy berkata, beliau ada menerima mesej daripada rakan-rakan di Parlimen yang memaklumkan mengenai ramai Ahli Parlimen BN yang tidak hadir ketika itu namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana berada jauh di luar negara.
Bagaimanapun katanya, Ahli Parlimen Sarawak sering berada di Parlimen untuk mengikuti sidang Dewan Rakyat dan faham tentang pentingnya kehadiran mereka.
Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berdasarkan konvensyen bagi sebuah negara berparlimen, sekiranya bajet itu tidak diluluskan maka kerajaan BN terpaksa dibubarkan dan satu pilihan raya baru terpaksa diadakan.

No comments: