Walau teman tidak ngam lagi dengan Tun M,namun ada beberapa perkara yang dilakukan mudah diterima dan rakyat nampak dengan mata kepala dan dirasai oleh mereka contohnya :-
1. kad perakam waktu
2. Tag nama untuk kakitangan kerajaan
3. Menyamakan waktu antara Sabah dan sarawak dan Semenanjung yang biasanya
berbeza 30 minit.
Alasannya mudah supaya tidak ada perbezaan waktu untuk seluruh rakyat Malaysia. Dengan sedemikian perhubungan dua hala menjadi lebih mudah.
Itulah pendekatan Dr Mahathir yang beliau buat boleh dilihat dan rakyat tidak sukar menilainya dan merasainya.
Pendekatan Tun M masa nak naikan harga minyak : Walaupun pernah degelar Mahafiraun dan macam lagi namun bila menaikkan harga minyak rasanya kalau teman tak silap beliau naikkan tak pernah sampai 10 sen seliter.Kesannya marah-marah pun rakyat tidak terasa sangat walaupun susah bangat berbanding Pak lah sampai kenaikan harga terlalu tinggi.
Melihat PM tahun 2009 ini ramai mengatakan beliau berpuas hati dengan pencapaian enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Teman rasa beliau tidak puas hati tetapi kena terpaksa memberi laporan penyedap agar pencapaian tersebut akan menjaga kredibiliti beliau.Mungkin kenyataan beliau berasaskan laporan berdata yang disiapkan untuk beliau dan beliau kena percaya pada laporan tersebut.
Namun beliau sedarkah rakyat beliau nampak apa yang beliau puas ?
Bagaimanapun, apa yang penting ialah untuk rakyat melihat, menyentuh dan menghidu pencapaian itu. Merekalah yang akan membuat penilaian terhadap Najib dan kerajaan dalam PRU13 nanti. Sementara orang ramai boleh melihat maklumat mengenai pencapaian NKRA itu dalam pameran di Pusat Konvensyen Sunway pada 18 Disember ini, namun apa penting rakyat dapat melihat sendiri manfaatnya.
Kita lihat satu contoh dalam bidang pengangkutan awam yang diketuai oleh Dato' Seri Ong Tee Keat.Ramai masih mempertikaikan perubahan yang ketara baik atau sebaliknya ? Perkhidmatan teksi pun ,Menteri diJabatan Menteri kata macam tandas apa lagi pengguna. Bas expres mempunyai pemandu berekod tidak bagus dah berzaman, akibatkan kemalangan serta khidmat bas berzon yang kerap diubah dan khidmat LRT yang menggunakan gerabak yang selalu rosak dan uzur.
Namun, masih belum sampai ke peringkat yang dapat dirasai oleh rakyat.
Selagi mereka tidak dapat melihat perubahan mutu perkhidmatan teksi, bas dan LRT, selama itulah indikator NKRA tidak memberikan apa-apa makna kepada mereka.
Apa ada makna peratus peningkatan pada rakyat marhein di mana mereka cuma ingin melihat pemandu teksi mengambil semua penumpang tanpa soal, teksi yang tidak rosak ada penghawa dingin yang berfungsi baik dan penampilan dan layanan sederhana.
Ilham satu Malaysia atau 1Malaysia yang masih kurang jelas dan hampir mengelirukan rakyat bukan Melayu Malaysia serta mencetuskan ketidakpuashati yang akan dicop sebagai menaikkan rasa sentimen perkauman.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment