Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, December 29, 2009

PAHANG JADI SASARAN .... LEBIH BAIK DARI SIASATAN HA YANG TAK PASTI

Teman suka benor bila PAS Pahang tetapkan sasaran Negeri Pahang sebagai Sasaran Pilihan Raya Umum ke 13 nanti. Seperti orang kata gajah depan mata tapi kuman di seberang laut kita nampak. Memang Pahang ada potensi besar bagi Pakatan Rakyat membantu rakyat yang dah ramai melarat walaupun Perdana Menterinya datang dari negeri ini.Kalau menurut MB Pahang sendiri sebelum ini beliau mengaku Negeri Pahang yang diperintahnya dah hampir muflis dan ada yang kata memang dah muflis pun.
Pad pendapat teman elok penumpuan diberi .

Berkenaan siasatan Pesuruh Jaya PAS Dato Hasan Ali,elok selesaikan denga segera jangan ikut resmi UMNO yang suka memerapkan kes hingga melarat ke kes Mahkamah.
Pada teman apalah sangat kesalahan beliau dan kes menantu MB Kelantan serahkan kepada kebijaksanaan MB Kelantan sendiri.Dan kita tumpukan memerangi UMNO/BN yang zalim yang ada unsur lemah.Jangan pula kita bercekau macam komponen BN yang masih tak kebah isu dalamannya y
ang banyak beri kesan mendalam dan berpotensi jadikan kapal UMNO/BN tenggelam.

JERANTUT: Pesuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pahang merupakan salah satu negeri yang menjadi sasaran pakatan Rakyat untuk diambil alih pentadbirannya daripada Kerajaan Umno/BN kerana kelemahan, ketidaktelusan dan kebangkrapan ekonomi negeri di bawah kepimpinan Dato' Seri Adnan Yaakob sekarang.

Naib Presiden PAS itu berkata, tempoh menunggu PAS telah hampir tamat, malah tahap kepercayaan masyarakat di negeri Pahang telah mencapai tahap maksimum sehingga kelemahan kerajaan Umno/BN tidak boleh dimaafkan lagi. Oleh itu, pimpinan dan masyarakat perlu memberi sokongan dan kepercayaan sepenuhnya kepada Pakatan yang diterajui PAS untuk membersihkan keadaan serta memberi manfaat dan kebajikan kepada penduduk bumi yang kaya sumbernya ini.

"Rakyat Pahang perlu mencontohi kepimpinan Pas Negeri Kelantan yang telah berjaya mengekalkan pemerintahannya dengan penuh beramanah, kepimpinan kerajaan Kedah di bawah pimpinan Ust Azizan yang menjadi kerajaan contoh dan amanah serta Kerajaan Rakyat Perak pimpinan Dato' Seri Ir. Nizar yang telah memberi gambaran positif terhadap kemampuan dan kepimpinan Pas dalam mentadbir negeri," katanya ketika berucap pada satu majlis di Kompleks Imam Assyafie (Kias), Temin pada Ahad.

Tuan Ibrahim dalam pada itu turut mempertegaskan agar semua pimpinan PAS peringkat negeri, kawasan dan cawangan meningkatkan daya usaha, komitmen dan gerak kerja dalam merealisasikan impian PAS Pusat agar PAS bersama Pakatan berjaya mengambilalih kerajaan Pahang selepas PRU13 nanti.

No comments: