Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Saturday, December 26, 2009
NAIB KETUA WANITA UMNO DITEGUR RAMAI AHLI UMNO KERANA CABAR TAN SRI NAZRI !
Lihatlah betapa huru hara UMNO dalam kes 70 Ahli Parlimen BN pulau Bajet 2010.
Dicabar meletak jawatan sebagai Ketua Whip Barisan Nasional (BN) kerana gagal memastikan wakil kerajaan hadir semasa pengundian meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Kamilia lbrahim berkata, tugas serta tanggungjawab itu amat penting dan perlu dipandang serius oleh semua wakil rakyat BN.
''Saya kesal, saya rasa beliau (Mohamed Nazri) patut letak jawatan kerana kegagalannya sebagai Ketua Whip BN amat ketara - Utusan Malaysia 26/12/09
Kepada Dato kamilia, aku rasa tak payah lah Dato cabar Chief. Aku rasa yang patut letak jawatan ialah dato sendiri sebabnya.
1. Dato sebagai ketua wanita Kuala Kangsar gagal menasihatkan ahli parlimen Kuala Kangsar hadir di sidang parlimen tersebut.
2. Dato sebagai Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia gagal menasihatkan ahli-ahli MP wanita untuk hadir ke sidang parlimen tersebut
3. Dato sebagai orang besar WANITA BN gagal menasihatkan MP dari kalangan wanita BN untuk hadir ke parlimen pada malam itu.
KESIMPULANNYA DATO KAMILIA YANG PATUT LETAK JAWATAN. LAIN KALI KALAU NAK BUKA MULUT TENGOK-TENGOKLAH KELILING DULU. JANGAN MAIN CAKAP SAHAJA. KENAPA DATO TAK CABAR ANWAR IBRAHIM LETAK JAWATAN SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG YANG GAGAL MENMGHADIRKAN SEMUA MP PEMBANGKANG TERMASUK ANAK ANWAR?
AKU RASA PELIK KENAPA SEJAK AKHIR-AKHIR INI RAMAI SANGAT YANG TEMBAK CHIEF. NASIHAT AKU KEPADA SEMUA, KITA TIDAK PUNYA BANYAK MASA UNTUK BERCAKARAN SESAMA KITA. PELURU HARUS DI TEMBAK KEPADA MUSUH BUKAN KEPADA RAKAN. GUNAKAN MASA DAN 'PELURU' YANG ADA UNTUK MUSUH BUKANNYA MENJATUHKAN KAWAN.
AddThis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Itulah UMNO Pemimpin mereka tak boleh ditegur langsung walaupun biadap dan kurang ajar
Post a Comment