Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Tuesday, December 15, 2009
KETUA PEMUDA UMNO MENDAHULUI PAKATAN RAKYAT , ALHAMDULILLAH
KUANTAN, 14 Dis Rata-rata masyarakat Felda di seluruh negeri ini menyokong penuh kenyataan Ketua Pemuda UMNO Pahang, Abu Jimi Bin Samat (foto), supaya kerajaan bertindak memansuhkan Felda Plantations dan mengembalikan semula misi Felda kepada asalnya. Umum mengetahui, di awal kewujudan Felda mantan Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Tun Razak berhasrat untuk membasmi kemiskinan dikalangan orang-orang Melayu dengan menyediakan tanah untuk diusahakan. Hasilnya, ramai rakyat Malaysia yang pada asalnya berada dalam kelompok kemiskinan tegar, akhirnya berjaya merubah nasib dan masa depan mereka. Ini kerana, Felda telah membawa sinaran baru dalam kehidupan mereka ketika itu. Malah, majoriti tanah rancangan Felda kini didiami oleh orang Melayu itu sendiri. Selepas bertahun lamanya, akhirnya kini Felda sudah bertukar imej dan rupa. Tiada lagi keisitimewaan yang dimilik oleh orang Melayu seperti dulu. Tiada lagi tanah rancangan yang dibuka untuk diberikan hak milik, hanya yang ada ialah Felda Plantations yang bercirikan estet untuk diusahakan. Dengan gaji harian, serta sedikit kemudahan lain orang-orang Melayu akhirnya terpaksa menjadi "buruh ladang" sama seperti lain-lain pendatang asing yang dibawa masuk oleh Felda. Hasilnya, dapat dilihat di kebanyakan kawasan Felda Plantations kini terdapat ramai orang Melayu yang tarafnya hampir sama dengan pendatang asing yang menjadi buruh itu sendiri. Malah ada diantara mereka yang sudah hampir 30 tahun menjadi buruh ladang dan mungkin untuk selamanya jika senario ini tidak diubah. Biarpun mereka kecewa melihat rakan-rakan yang lain selesa mendapat hak milik sendiri.
Namun, itulah takdirnya apabila Felda dikorporatkan dan diperdagangkan oleh golongan mereka yang mengejar keuntungan semata-mata. Kini Felda berada dibawah telunjuk Perdana Menteri Najib Razak, iaitu anak kepada pengasas Felda itu sendiri. Namun, segalanya telah berubah. Tiada lagi keistimewaan buat rakyat. Mereka dinafikan hak untuk memiliki tanah yang telah diusahakan sejak bertahun-tahun. Akhirnya mereka yang mendiami Felda Plantations senantiasa berada dalam tekanan dan bebanan. Mahu melawan mereka akan dibuang. Mahu terus tinggal di situ, anak-anak mereka perlu mengambil alih tugas sebagai "buruh ladang". Akhirnya terpaksa mereka terus memperhambakan diri kepada Felda dulu, kini dan selamanya. Inilah masalahnya, jika mereka membuat protes maka akan dituduh tidak mengenang budi. Sedangkan hidup mereka kini sama "standard" dengan buruh asing dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan lain-lain yang bekerja di situ. Pemimpin atasan mungkin tidak menyedari dan memahami perkara ini. Hanya mereka yang berada dibawah sahaja dapat merasai segalanya. Justeru itulah, tindakan Ketua Pemuda UMNO Pahang yang juga selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lipis, Abu Jimi menyokong agar Felda Plantations ini dimansuhkan amatlah dihargai sebenarnya. Jika selama ini, perjuangan untuk ini hanya dilakukan oleh pemimpin pembangkang terutamanya Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK) yang diketuai oleh Saudara Mazlan Aliman (Calon PAS Parlimen Bera dalam pilihanraya umum lalu. Namun kini, apa yang dilakukan oleh Abu Jimi amatlah diharapkan untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Kembalikan semula Felda kepada matlamat asalnya, demi kesejahteraan rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment