Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, December 2, 2009

KES MAHKAMAH SENDIRI MAHU DIHINA ? LEPAS NI RAMAI PEMFITNAH DILAYAN MAHKAMAH


Semua rakyat yang celik undang-undang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan rasa kesal dengan tindakan hakim menetapkan tarikh perbicaraan walaupun permohonannya mendapatkan bahan bukti untuk menyiapkan pembelaan beliau masih belum diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. “Hakim telah menetapkan perbicaraan dengan membelakangkan sama sekali rayuan kami bersabit perkara ini,” Anwar memberitahu pemberita. “Beliau seharusnya menghormati keputusan yang dibuat sendiri untuk memberikan kami dokumen berkenaan dan memberi masa kepada Mahkamah Persekutuan memutuskan perkara ini,” tambah Anwar. Mohd Zabidin sebelum ini meluluskan permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen tertentu daripada pendakwaraya selaras dengan peruntukan undang-undang. Bagaimanapun keputusan itu ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan kini dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan. Terdahulu, Mahkamah tinggi pagi tadi menolak permohonan Anwar untuk menggugurkan pendakwaan liwat yang dihadapi beliau. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan perbicarana Anwar Ibrahim akan bermula pada 25 Januari hingga 25 Februari tahun depan. Mohd Zabidin ketika membuat keputusan berkata hanya melalui perbicaraan penuh maka liwat benar-benar berlaku atau tidak seperti mana yang dituduh oleh pendakwaraya. Jika Anwar didapati bersalah beliau menghadapi penjara 20 tahun. Anwar berkata, keputusan tersebut menjadikan kes berkenaan sebagai kes pertama dalam sejarah kehakiman yang menyaksikan mahkamah menyebelahi pendakwaan seks dan mengenepikan bukti-bukti perubatan. “Ini adalah kes yang pertama dalam sejarah di mana mahkamah menyebelahi pendakwaan seks dan mengenepikan bukti-bukti perubatan yang menunjukan tiada kesan liwat," katanya. Sumber TVS

1 comment:

zul_neem said...

Assalamualaikum

Pandangan yang diberi oleh ahli perundangan keatas keputusan yang telah dibuat oleh hakim mahkamah tinggi keatas kes liwat Anuar Ibrahim mungkin dapat mengulas kelonggaran dan ada yang takkena dengan keputusan yang dibuat atau sebaliknya.Tapi bagi rakyat awam di Malaysia melihat mengapa kes liwat Anuar Ibrahim ini menjadi fokus utama dan mendapat publisiti meluas didada ahkbar maupun blogger malahan disambut gembira oleh mahkamah-mahkamah yang mengadilinya.Ia Anuar Ibrahim macam actor bintang Filem Holliwood seringkali mendapat sambutan dimana ia pergi dan berada serta disayangi oleh kawan dan lawan.Adakah ini membuatkan mahkamah pun turut berminat untuk mendapatkannya dan disimpan ditempat yang baik.Tapi ia bukan actor Holliwood tapi ia adalah perjuang rakyat,wakil rakyat dan panglima dibarisan hadapan.Suaranya didengari,arahannya diikuti malahan ada pihak yang cemburi akan peribadi yang unggul ini.Jadi macam mana nak stopkannya dari melalak kesana melalak kesini.Adakah mahkamah perhentian nya.Fikirlah sendiri oleh rakyat Malaysia yang bijak lagi bistari.