Semoga dengan peristiwa ini ,diharap ramai blogger UMNO atau BPN akan berhati-hati dan sekiranya terlanjur kata atau tersilap ringankan keyboard untuk dikeyin agar memohon maaf tak kira pada orang biasa,rakan blogger, rakyat malah kerabat Raja apatah lagi Raja Muda dan Sultan Selangor dan seterusnya DYMM Yang Dipertuan Agong.
Merapak sembah memohon ampun
Kami The Unspinners diberitahu petang semalam melalui sebuah e-mel yang diterima bahawa posting kami berjudul "Istana Selangor anggap Anwar Punah-sihat?" adalah tidak sesuai untuk disiarkan. Kami difahami juga bahawa Facebook yang dikatakan sebagai kepunyaan Yang Mulia Raja Muda Selangor tidak wujud dan adalah palsu.
Menyedari ini, kami telah menarikbalik posting semalam.
Dalam posting tersebut, kami menimbulkan persoalan bahawa ada kemungkinan pihak Istana Selangor tidak mempersetujui perlantikan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi kerajaan Selangor berdasarkan maklumat yang disiarkan di blog WBHim.
Sebelum ini kami pernah menulis dan menyatakan sumber-sumber kami memberitahu istana tertentu tidak bersetuju dengan perkembangan ini dan itu. Ada kala ia berdasarkan berita dan adakala hanya disebut sumber kerana tidak boleh didedahkan.
Tetapi posting kali ini amat tidak sesuai langsung hingga perlu ditarikbalik kerana ia bercanggah dengan peranan institusi raja yang seharusnya berada di atas politik.
Kami The Unspinners merapak sembah memohon ampun dan maaf daripada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan keluarga di atas kesilapan kami. Kesilapan terlepas pandang dari pihak kami itu amat kami kesali.
Terlanjur kami sudah tersentuh mengenai perkara peranan Raja dalam kerajaan, kami The Unspinners beranggapan tidak salah untuk Sultan sebagai Ketua Negeri mencampuri hal-hal pentadbiran kerajaan melalui teguran, nasihat, dan pandangan, terutama sekali jika ianya merupakan hasrat hati rakyat jelata.
Malahan kami percaya bahawa tidak salah jika pihak istana mengeluarkan arahan tertentu yang melibatkan kepentingan, kesejahteraan dan keselamatan negara dan rakyat.
Pada pemahaman kami, peranan istana dalam pentadbiran kerajaan tidak pernah berakhir dan sistem pentadbiran berasaskan pilihan rakyat sekarang masih memerlukan kuasa oleh pihak DYMM Raja-Raja Melayu.
Ungkapan Ketuanan Melayu yang sering disalaherti sebenarnya merujuk kepada Institusi Raja-Raja Melayu.
Atas perkenan Raja-Raja Melayu sebagai ketua dan tuan rumah dan dimana terletak kesinambungan sejarah Melayu dari lepas ke sekaranglah, rakyat bukan Melayu diberi hak sebagai rakyat dan penghuni rumah yang dipanggil Malaysia. Atas perkenan Raja-Raja Melayu, rakyat bumiputera berlindung, dianugerahkan hak keistimewaan dan ciri-ciri budaya Melayu menjadi asas kenegaraan.
Kesediaan pihak istana memberikan kuasa kepada rakyat mentadbir sendiri melalui sistem demokrasi yang dimetrai dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 tidak bererti pihak istana telah melepaskan tanggungjawab sepenuhnya.
Peranan Raja masih diperlukan dan ianya sangat diperlukan dalam keadaan di mana sistem demokrasi sudah tidak berfungsi, keamanan tergugat, dan sistem rakyat mentadbir sudah tidak berfungsi.
Sekian saja dari kami.
Sekiranya ada kurang bahasa dari kami, kami memohon ribuan ampun dan maaf.
Ampun Tuanku.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Orang kalau dah Mental SUBSIDI..segala dahan DIA nak BERGAYUT..harapkan kebolehan diri tak setara mana pun..jadi apa yang boleh DIKUDA...dia nak tonggeng aje..sebab dah selau menonggeng masa pilihan raya..
Ken KUDA BELANG.. mengaum.. baru SEDAR DIRI kot..BN Umngok oh BN Umngok oh BN Umngok ..KESIAN..kesian..kesian..
Post a Comment