Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, December 7, 2009

KEMBAR MACAM KLCC, SELEPAS MAHATHIR, NAJIB PUN NAK MENCIPTA MERCU



KUALA LUMPUR: Malaysia bakal memiliki satu lagi mercu tanda bangunan pencakar langit setinggi 100 tingkat yang dirancang dibina di sekitar Stadium Merdeka dan Stadium Negara, selepas Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat.

Projek yang akan dimajukan oleh sayap perniagaan hartanah Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu dijadual bermula seawal suku pertama tahun depan sebagai langkah susulan kerajaan menyegerakan pelaksanaan beberapa projek berimpak tinggi dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi negara pada tahun depan.

Menurut sumber, belum dipastikan sama ada bangunan pencakar langit itu akan menjadi yang tertinggi di dunia kerana status ketinggian ditentukan berdasarkan ukuran ketinggian dan bukan jumlah tingkat bangunan.

"Ia mungkin menjadi antara yang tertinggi kerana ketika ini Taipei 101, bangunan tertinggi dunia memiliki 101 tingkat. Bangunan kedua tertinggi adalah Menara Berkembar Petronas dengan 88 tingkat.

"Dari segi ukuran ketinggian, Taipei 101 adalah 509.2 meter dan Menara Petronas 451.9 meter. Menara Burj Dubai yang akan siap pada Januari 2010 pula akan memiliki 160 tingkat dengan ketinggian 818 meter," katanya.

Sumber itu berkata, cadangan pembinaan bangunan itu sudah dihantar kepada Kementerian Kewangan dan difahamkan sedang dipertimbangkan secara terperinci.

Read more: http://loveperak.blogspot.com/2009/12/bangunan-tertinggi-100-tingkat-berharga.html#ixzz0YzUmPON0

No comments: