Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, December 21, 2009

INILAH AYAT TERBAIK DATUK NIK AZIZ KEPADA BAPA PENAFI ROYALTI TERMASUK TALIBARUTNYA WAN MUSTAPA & AWANG ADEK

“Sepatutnya kerajaan pusat yang mendapat ihsan daripada negeri, bukan negeri dapat ihsan daripada pusat sebab itu adalah hak negeri.”Demikian tegas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) selepas menyampaikan kuliah perdana di Masjid Majidiah, Pasir Puteh dekat sini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas lanjut isu pemberian wang ihsan petroleum yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak minggu lepas.
Mengambil kira fakta perjanjian awal tahun 1970-an berhubung perkara berkenaan, Nik Aziz berkata, keputusan yang dibuat kerajaan pusat adalah terbalik dan bercanggah kerana mengingkari perjanjian yang jelas mengatakan royalti hasil daripada pengeluaran bahan api itu menjadi hak milik mutlak rakyat Kelantan.
Oleh yang demikian tiada sebab kerajaan pusat menukar ganti istilah royalti kepada wang ihsan.
Selain itu, pemberian wang ihsan yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) adalah satu perbuatan khianat sedikitpun tidak menunjukkan ciri-ciri keadilan kerajaan pusat dalam menjaga kebajikan rakyat Kelantan.

Perjanjian bayaran royalti sebanyak lima peratus daripada hasil pengeluaran petroleum kepada negeri-negeri terbabit termasuk Kelantan dibuat pada awal 1970-an, yang ditandatangani pengerusi Petronas, Tengku Razaliegh Hamzah (pada masa itu), selepas dipersetujui Perdana Menteri Tun Abdul Razak.
Kelantan diwakili Menteri Besarnya, Datuk Mohd Nasir.
Kerajaan Kelantan membuat tuntutan tersebut pada awal tahun ini selepas menerima laporan daripada Bank Data Malaysia 2007 yang menyenaraikan Kelantan sebagai negeri utama dalam industri petroleum bersama Sabah dan Terengganu dengan nilai pertumbuhan sebanyak 62.5 peratus berbanding Sarawak 37.5 peratus sejak 2004.
Minggu lalu Najib mengumumkan kerajaan persekutuan akan memberi wang ihsan kepada Kelantan mulai tahun depan dalam bentuk projek pembangunan.
Nik Aziz yang dari dulu mempertahankan bayaran royalti menjelaskan, pada asasnya beliau tidak mengambil kira sangat jenama apa yang ingin gunakan oleh kerajaan pusat asalkan ia dibuat secara telus serta adil mengikut perjanjian sebelum ini.
“Nak guna nama ihsan ke… apa ke, ikut dia lah. Tapi biarlah disalurkan terus kepada kerajaan negeri. Jangan dipolitikkan. Tak betul sebab itu hak rakyat,” katanya.
Nik Aziz turut menjelaskan motif yang tersirat di sebalik tindak-tanduk keputusan Najib menyalurkan pemberian tersebut melalui agensi di bawah pentadbirannya adalah semata-mata untuk menggambarkan kelemahan kerajaan negeri di mata rakyat dalam usaha membangunkan kemajuan negeri.
“Saya yakin rakyat tidak mudah terperangkap dengan jerat kerajaan Umno. Tapi Umno harus berwaspada takut jeratnya itu terkena diri sendiri,” kata beliau sambil menambah, kerajaan negeri akan menjelaskan isu tersebut kepada rakyat secara terperinci.
Pada 4 November lalu, Nik Aziz berkata, beliau bersyukur dengan pemberian wang ihsan oleh kerajaan pusat, namun masih terkilan kerana permintaan bagi pembayaran royalti minyak masih tidak dipenuhi.
“Tapi hati kecil saya tidak puas hati dengan nama wang ihsan. Yang kita mahukan ialah wang royalti,” kata beliau dalam reaksi awalnya.themalaysianinsider.com

2 comments:

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

biar ape pun perancangan bn, sebaek2 perancangan adalah perancangan dari allah.. =)

zul_neem said...

assalamualaikum

Kerajaaan negeri Kelantan menurut laporan Bank data Malaysia dalam tahun 2007,nilai pertumbuhan dalam industri petroleumnya adalah sebanyak 62.5% semenjak pada tahun 2004.Ini bermakna sekiranya negeri Kelantan memperolehi wang royalti dari kerajaan Persekutuan mulai dari tahun itu sudah pasti ia telah terkumpul bebelas atau puluhan billion.Ini bermakna juga rakyat negeri Kelantan sepenuhnya sudah pasti dapat merasai hasil pelaburan kerajaan negeri dalam semua sektor terutama melibatkan infrastruktur,pendidikan,kesihatan dan perekonomian.Tetapi malang sungguh hak mereka dinafikan oleh kerajaan Barisan Nasional(BN) dari dulu hingga sekarang yang berkaitan apa yang dirungut oleh Ust Nik Aziz iaitu wang royalti itu.Wang royalti mesti dibayar macammana kerajaan membayar wang hasilan(perkongsian) itu kepada negara luar seperti Sudan dan negara-nagara berada asia tengah atau negara bekas jajahan Rusia.Sikap double standard ini telah menjadi pemangkin kepada BN(pemerintah) ketika berurusan dengan pihak yang berkepentingan terutama dengan pembangkang(Pakatan Rakyat).Wang Ihsan ini, psikologi dari pihak pemberi adalah bergantung kepada kemahuannya sendiri.Antara lain perkataan" ikut suka akulah nak bagi atau taknak bagi" bukannya mengikut perjanjian dan perundangan pada tahun 1970an.Kita berdoa pada allah semoga ada gantian yang diberi olehnya kepada rakyat kelantan berupa keamanan,kemakmuran dan kekayaan,kekukuhan kerajaan dan kesejahteraan rakyat .Serta sebagaimana auta,tipu muslihat,pusing sana -pusing sini dari BN akan diterbalik oleh allah kepada mereka.Dan wang ihsan yang dikatakan itu pun berbalik kepangkuan rakyat Kelantan juga akhirnya.