Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, December 10, 2009

INILAH antara PENYAKIT KERAJAAN PUSAT SELEWENG BAJET,PENTADBIRAN BERTINDIH DAN SENYAPKAN PERANCANGAN PROJEK SEBAB DENGKI DAN TAMAK

Komen teman : Masalah ini telah lama menjalar di Wilayah Persekutuan dengan Selangor,contohnya lingkaran MRR2 ,AKLEH dan DUKE di mana ketiadaan koordinasi di antara 2 negeri telah mengujudkan 1.perancangan rangkaian jalan yang tidak sekata dan tidak terlalu menyelesaikan masalah kesesakan jalanraya.Kita tengok AKLEH tiada jalan laluan dari Ampang ke Hulu Kelang dan hanya kelaur di Jalan Tun Razak.
Ada royalti diganti wang ehsan dan saluran bantuan diwujudkan orang tengah yang terdiri dari kroni mereka.


Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong (DAP) petang tadi mempersoal kaedah penyaluran dana untuk memulihara tapak warisan George Town, Pulau Pinang.
Baginya, tindakan kerajaan pusat menyalurkan dana RM20 juta pada suatu syarikat bukan kerajaan negeri, Khazanah Nasional Berhad sesuatu yang salah.
"Kalau RM30 juta boleh diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka melalui Jabatan Warisan Negara, mengapa RM20 juta yang sepatutnya diterima kerajaan negeri Pulau Pinang diserahkan pula pada (Syarikat) Khazanah Nasional," soalnya.
"Kalau kerajaan nak bagi pinjaman kepada syarikat swasta seperti Khazanah Nasional, memang tiada isu, tetapi dana ini diperuntukan untuk penyediaan, penyeliaan serta pemuliharan kawasan tertentu di bawah bidang kuasa kerajaan negeri."
Beliau turut mencadangkan kaedah dana tersebut diserahkan kepada pihak yang berhak, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
"Kalau tidak mahu berikan dana ini kepada kerajaan negeri, sekurang-kurangnya beri kepada MPPP kerena mereka lebih berhak."
Jelasnya lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang lebih berhak menguruskan dana pemuliharaan tersebut, sebagaimana dijamin dalam Seksyen 16B(1) Akta Perancangan Bandar Desa, 1976.
"Ia sebenarnya untuk penyediaan dan penyeliaan Perancangan Kawasan Khas (SAP) dan tujuan-tujuan yang lain, yang hanya boleh dilakukan
oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kerajaan negeri," jelasnya.
Semalam, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung mengumumkan peruntukan dana tersebut di Parlimen.
Pengumuman tersebut, sebagai menjawab pertanyaan Liew dalam sesi persidangan Dewan Rakyat.
Penafian hak menguruskan dana tersebut dilihat sebagai rekod baru kezaliman Umno BN, setelah Kelantan dinafikan hak menguruskan royalti minyak baru-baru ini.
HarakahDaily.Net/-

No comments: