Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, December 29, 2009

GURU KEMAS TERANIAYA ATAU SENGAJA DIANIAYA

SAYA terlebih dulu mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) atas keprihatinannya membela kakitangan awam dan pada masa sama tetap setia berada di belakang kerajaan. Saya menulis surat ini semata-mata hendak semua pihak membuka mata mengenai satu kelompok kakitangan awam yang kerap disisihkan dan dilupakan iaitu guru Kemas. Pada setiap pilihan raya sama ada umum atau kecil, kelibat guru Kemas dalam melakukan kempen serta jentera penggerak Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak dapat dinafikan lagi, malah mereka menjadi antara penyumbang terbesar dalam meraih undi dan memujuk sokongan pengundi. Mereka bersengkang mata dan memerah keringat dalam memenangkan calon Umno atau BN dengan ganjaran tidak seberapa. Tugas mereka selain daripada pengajaran dan pembelajaran di tadika, adalah sebagai mata dan telinga kerajaan yang paling hadapan dan penghubung dengan rakyat. Besar dan berat sungguh tanggungjawab mereka. Sukar dibayangkan untuk bergerak ketika pilihan raya tanpa pengorbanan golongan ini.
Tetapi, di sebalik kerelaan dan kesanggupan guru Kemas berkenaan, rupa-rupanya sudah puluhan tahun mereka masih lagi sebagai kakitangan kontrak yang diperbaharui setiap beberapa tahun. Hak mereka untuk menjadi penjawat awam sentiasa dihampakan dengan pelbagai alasan.
Selepas puluhan tahun mencurahkan bakti mendidik kanak-kanak prasekolah dan gigih berjuang untuk parti dan negara, hak mereka untuk mendapat pencen ketika mencapai usia persaraan masih dinafikan. Pelbagai kemudahan untuk kakitangan tetap juga tidak dinikmati. Malah, gaji mereka juga tidak setaraf dengan rakan sejawatan lain di sekolah dengan hanya mendapat gred S11, gred untuk lulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau dulu Sijil Rendah Pelajaran (SRP).Apabila dihantar ke institusi perguruan untuk menyambung pelajaran peringkat diploma, mereka masih dikekalkan sebagai kakitangan kontrak dengan gred baru S27. Rungutan yang dicurahkan mereka selama ini bagaikan menyiram air di daun keladi. Lebih memeritkan, kakitangan di pejabat termasuk pegawai semuanya mendapat jawatan tetap dan berpencen, padahal guru Kemas bertungkus-lumus bekerja di barisan hadapan pada bila-bila masa tidak disambung perkhidmatannya. Memang menghairankan apabila nasib dan hak mereka untuk menjadi kakitangan tetap seolah-olah dipandang sepi. Lebih mengecewakan tiada langsung kedengaran pembelaan daripada pihak yang begitu mendambakan mereka pada pilihan raya. Jangan sehingga hal ini dipolitikkan pembangkang barulah pihak tertentu terhegeh-hegeh menjanjikan itu dan ini kepada guru Kemas seperti yang pernah berlaku pada tahun lalu. Habis isu, semua senyap kembali dan dilupakan semula. Apakah nilai kesetiaan dan keikhlasan mereka dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan? Seolah-olah bak kata pepatah ‘habis madu sepah dibuang’. Jaminan untuk tidak diberhentikan hanyalah ‘menanam tebu di bibir’ kerana dengan status kakitangan kontrak, apa saja kemungkinan boleh berlaku. Akhir kata, saya meminta Cuepacs menggesa kementerian bertanggungjawab dan Jabatan Perkhidmatan Awam dapat berusaha segera menyerapkan mereka ke skim jawatan tetap tanpa banyak berdalih dan alasan lagi. Saya berharap pihak terbabit memberi penghargaan kepada mereka supaya lebih gigih dan tekun bekerja untuk agama, bangsa dan negara, bersesuaian dengan slogan ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’. PRO KEMAS,Guar Chempedak, Kedah.

5 comments:

zul_neem said...

assalamualaikum

Begitulah kerenah Umno melayani orang-orang yang pernah berjasa dengan dia.Macam beberapa PM yang lalu terkini bekasPM chedet.Umno dan ahli sudah pandang sebelah dan mula abandon darinya.Sudah dikelaskan orang tua nyanyuk bagi mereka.Inilah trend Umno dalam kemuncak nak tenggelam membalas keatas mereka yang berjasa.

Anonymous said...

dah tau mcm tu yg ko org tunggu lagi pasal pa. Guru kemas ni majoritinya wanita atau puteri UMNO.Senang ceta lebih kepada talian usus UMNO. Jadi kalau UMNO layan mcm tu pun elok sgt lah sebab dia org setia mcm nak rak.Imbuhan tahunan guru kemas ni tiap tahun dpt gi rombongan ke kelantan dan langkawi. Tu lah standard dia pun.

Anonymous said...

mereka semua makan gaji dgn majikan.. dah la kontrak,klu x ikut arahan akan dikenakan tindakan oleh majikan.. memang benar yg dikata kan 'gol.yg dietepikan' ape nak buat. ... dah makan gaji... xde pon org yg nak usulkan ttg ni.. klu ade pihak jdikan isu ni garenti terangkat BN!

Anonymous said...

Sendiri makan pengat, sendiri mau ingat..

Anonymous said...

Sebelum meluahkan buah fikiran sebaiknya selidik dulu dari A sampai Z. Hanya jauhari mengenal manikam