Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, December 5, 2009

GARA-GARA TPM BARU BUAT KEPUTUSAN, DAH HEBOH 19,990 ORANG ASLI DAH TERBELA

19,990 keluarga Orang Asli diberi hak milik tanah kekal
PUTRAJAYA 4 Dis. — Seramai 19,990 keluarga Orang Asli akan diberi hak milik tanah kekal melalui Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah Kepada Orang Asli Untuk Kegunaan Pertanian dan Kediaman, yang bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan masyarakat Orang Asli.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah itu membabitkan 72 peratus daripada jumlah keseluruhan 27,841 keluarga Orang Asli dan melibatkan tanah seluas 50,563.51 hektar di seluruh Semenanjung.
"Ini satu keputusan yang agak bersejarah di mana mereka telah mendapat hak pada tanah dan tujuannya antara lain untuk membasmi kemiskinan.
"Diharap melalui pelaksanaan dasar ini, masyarakat Orang Asli akan terbela,”
katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-65 di sini hari ini. - Bernama

No comments: