Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, December 11, 2009

GARA-GARA PENYOKONG NAJIB LUPA SLOGAN PM 1MALAYSIA DAN HAK PENGANUT UGAMA SELAIN ISLAM

Saya telah membaca lapuran berkaitan kenyataan YB Ngar Kor Ming (DAP-Taiping) yang didakwa mempertikai peruntukkan yang diberikan untuk pembinaan 611 buah masjid-masjid di Malaysia bagi tempoh daripada 2000-2008.
Saya dapati kenyataan beliau tidak saperti yang digambarkan oleh akhbar-akhbar.
Apa yang beliau katakan ialah mengapa peruntukkan untuk pembinaan rumah 'ibadah bukan Islam terlalu kecil berbanding dengan peruntukkan yang diberi untuk pembinaan masjid.
Pada saya tidak ada salahnya beliau sebagai seorang bukan Islam menanyakan soalan tersebut.
Beliau sama sekali tidak menolak hakikat bahawa Perlembagaan Persekutuan memberikan tanggungjawab kepada Kerajaan Persekutuan untuk membantu dan memberi peruntukkan membina pusat-pusat dan institusi-institusi Islam saperti sekolah agama dan masjid.
Malahan YB Ngar Kor Ming dan lain-lain pemimpin DAP menyedari dan menginsafi bahawa hak umat Islam menurut Perlembagaan Persekutuan adalah dijamin dan mesti dihormati.
Bagi maksud itulah suatu kerangka kerjasama dan persefahaman Pakatan Rakyat telah diisytiharkan dan ditandatangani oleh YB Dato Seri Anwar, YB Dato Seri Hj Hadi Awang dan YB Lim Kit Siang yang terang-terang menyebut bahawa kesemua komponen Pakatan Rakyat menghormati hak dan keistimewaan umat Islam saperti yang diperuntukkan dibawah Perlembagaan.
Saya percaya kenyataan YB Nga telah diputarbelitkan oleh pihak-pihak tertentu untuk agenda politik sempit bersifat chauvinistik perkauman.
Malahan kita sebagai umat Islam sepatutnya menghormati hak penganut agama lain untuk rumah 'ibadat mereka. Saya tidak nampak dimana salahnya mereka meminta sedikit bantuan untuk pembinaan rumah 'ibadat mereka.
Dibawah konsep daulah Islamiyyah, kita akan mera'ikan dan menghormati keperluan dan kebajikan golongan kafir dhimmi.
Ianya berbeza kalau DAP mempertikaikan hak umat Islam dan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan memberikan bantuan dan peruntukkan kepada umat Islam sebagaimana yang diberikan dibawah Perlembagaan. Kalau itu berlaku, maka mereka akan termasuk golongan harbi. Dan kalau itu berlaku, saya akan menjadi orang pertama mengutuk mereka sekeras-kerasnya tanpa sebarang keraguan. Dan sudah pasti saya akan ambil tindakan lebih jelas terhadap mereka.

Tetapi bukan itu apa yang berlaku dalam kes ini. YB Nga cuma meminta bantuan dan peruntukkan bagi pembinaan rumah 'ibadat bukan Islam. Beliau tidak mempertikaikan hak umat Islam membina masjid!

Walaupun tidak menjadi tanggungjawab Kerajaan menurut Perlembagaan dan undang-undang negara, namun kalau kita ada lebihan peruntukkan apa salahnya membantu mereka. Selagi pembinaannya tidak menganggu umat Islam saperti apa yang berlaku di Seksyen 23 Shah Alam, saya kira kita patut pertimbangkan. Kalau ada kita bagi sedikit bantuan, kalau tidak ada kita kata sahaja tidak ada..habis cerita.
Cuba bandingkan itu dengan tindakan orang Melayu sendiri yang menjual tanah rezab Masjid kepada syarikat bukan Islam saperti yang dilakukan oleh Majlis Agama Islam Wilayah di Sri Hartamas, Danau Kota dan lain-lain!
Cuba bandingkan dengan sikap orang melayu yang menarik balik peruntukkan Sekolah Agama Rakyat sehingga menyebabkan banyak SAR yang hari ini lumpoh, lesu dan ada yang terus hilang ghaibul ghuyub! Bagaimana pula dengan perangai orang melayu yang mematikan institusi masjid dan mimbar dengan menyekat aktiviti 'ilmu dan da'wah di surau dan masjid?
Bagaimana pula sikap kita orang melayu dengan kenyataan yang dibuat oleh Parti Gerakan dalam konvensyen PGRM di Ipoh pada 08 Dis lepas yang mempertikaikan usaha kita untuk memartabatkan Islam, malahan mendesak supaya negara ini mengamalkan 'amalan sekular yang sebenarnya! Kita tidak lupa inilah parti yang sama yang menyatakan orang Melayu adalah pendatang dalam negerinya sendiri!

Dan saya tidak lihat akhbar atau pemimpin melayu mengkritik Parti Gerakan, atau mengambil tindakan tegas terhadap PGRM, Malahan semasa saya bangkitkan isu penjualan tanah-tanah masjid di Kuala Lumpur oleh MAIWP ini, tiada seorang pun wakil rakyat melayu yang bangun menyokong atau membantu saya. Mereka diam sahaja seribu bahasa!

Sebenarnya penghinaan terhadap agama Islam dan institusi Islam dalam negara ini banyak berlaku ditangan orang melayu sendiri. Kalau kafir yang buat kita sedia maklum memang itu kerja dia. Tapi kalau melayu yang buat, apa label yang kita nak bagi..pengkhianat?munafik?
Sebab itu saya menyeru kaum saya bangsa melayu supaya sedar dan insaflah kita, bahawa nasib masadepan bangsa kita terletak kepada Islam. Kembali lah kita kepada ajaran Islam yang sebenar menurut Al Quran dan Sunnah Rasul, bersama kita menggembeling tenaga menyeru manusia kepada yang ma'ruf, dan mencegah kemungkaran, dan beriman kita dengan sebenar iman kepada ALLAH, nescaya kita akan dipelihara oleh ALLAH dan dimuliakan manusia insyallah.
Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
22 Zulhijjah 1430
10 Disember 2009

1 comment:

zul_neem said...

assalamualaikum

Jika ditinjau dan dilihat didalam pelembagaan Umno yang mengetuai pemerintahan kerajaan malaysia pada Fasal 3.3.6 ada menyebut seperti berikut:
Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi menglahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak asasi manusia dan hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.

Oleh itu mengikut pandangan saya sekiranya BN(UMNO) telah secara sengaja atau buat-buat lupa mengenai peruntukkan yang kurang keatas pembinaan Rumah ibadat agama lain (selain daripada Islam) adalah bertentangan dengan konsep setia kawan dan kerjasama sebagaimana dalam Fasal 3.3.6 tadi.

Oleh itu teguran yang dibuat oleh ahli parlimen DAP-Taiping kepada kerajaan adalah atas sikap prihatin dari rungutan kaum lain yang bukan beragama Islam.Selain kaum Melayu yakni kaum Cina,India dan sebagainya yang terdapat diSabah dan Serawak. Mereka juga adalah antara-antara pembayar cukai dan memberi commitment penuh dan setia kepada negara.Biarlah mereka merasa akan hak-hak mereka disisi Perlembagaan Malaysia yang ada..

Adalah lebih baik bagi kerajan Malaysia yang diterajui oleh UMNO lebih bersifat terbuka didalam isu ini dan menyelesaikan secara baik demi perpaduan dan keamanan negara.

Konsep 1Malaysia perlu dilaksanakan jangan tingal cakap-cakap saja.Saya sokong apa yang dinukil oleh zulkefli Nordin itu.