Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, December 21, 2009

DEMONSTRASI DI JALANAN DAN TEPI JALAN DIAKUI & DILAKUKAN OLEH UMNO/BN ! WAHAI RAKYAT MALAYSIA



Perhimpunan desak pemimpin DAP minta maaf

IPOH 20 Dis. - Hampir 200 wakil parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berang tindakan beberapa pemimpin DAP negeri menyentuh isu sensitif berkaitan agama Islam dan orang Melayu berhimpun secara aman tidak jauh dari Wisma DAP negeri di sini hari ini.
Kumpulan itu terdiri daripada wakil Pemuda UMNO, MCA, MIC, Parti Progresif Penduduk (PPP) negeri, Kesatuan Anak-anak Muda Islam Perak (KAMI), Suara Anak Muda Perak dan Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Perak (Pekerti).
Antara pemimpin yang turut serta ialah Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi; Ketua Pemuda MCA Ipoh Barat, Lim Huey Shan dan Timbalan Ketua Pemuda PPP negeri, S. Ravichandran.
Pada mulanya mereka bercadang berarak ke Wisma DAP negeri bagi menyerahkan memorandum mendesak pemimpinnya yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran dan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming meminta maaf secara terbuka.
Tetapi mereka dihalang pasukan polis yang telah berkawal di kawasan berkenaan.
Selepas berbincang dengan pihak polis, kumpulan terbabit dibenarkan berarak secara aman selama 30 minit kira- kira 100 meter dari Wisma DAP negeri bagi menunjukkan bantahan terhadap tindakan Kulasegaran dan Kor Ming.
Mereka membawa bersama kain rentang mengutuk DAP serta mempersoalkan orang Melayu dalam Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berdiam diri dengan tindakan DAP 'menghina' agama Islam.
Sebelum bersurai, kumpulan tersebut melaungkan '1Malaysia' secara beramai-ramai sebagai tanda bantahan terhadap tindakan DAP yang didakwa cuba mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.
Komen : POLIS dah akui demonstrasi adalah halal dalam amalan demokrasi dan UMNO,MIC dan MCA dan NGO akui keperluan berdemonstrasi.Walaubagaimanapun teman katakan mereka ini muka tak malu sebab semua media mereka punya dan masih takcukup nak mempengaruhi rakyat.Apake bongok mereka nak dibandingkan dengan Pakatan Rakyat yang tiada TV,radio atau media akhbar harian seperti BN.Memamng patut keutamaan berdemo untuk Pakatan Rakyat.
Sumber, Utusan Malaysia

1 comment:

zul_neem said...

assalamualaikum

Nampaknya mereka nak tunjuk kebolehan dan bakat kepada pemimpin mereka yang antaranya ada mengatakan demo bukan budaya mereka atau tak bertamaddun.Bahkan menampakkan kurang kepercayaan keatas media massa kepunyaan mereka untuk mempengaruhi mentaliti rakyat amnya.Adalah lebih baik mereka membuat tawaran untuk bedebat atau berhujah secara live menerusi media elektronik seperti TV dengan pihak Dap yang berkaitan isu yang dibisingkan oleh Umno.Semua rakyat Malaysia boleh tengok dan menjdi hakim.Serta boleh mendapat respon pantas secara SMS dari penonton sebagaimana program Akademi fantasia(boleh tengok siapa yang menangis).Adalah lebih baik UMNO mendekati DAP dan menerang serta memberi penjelasan tentang Islam kepadanya atau berkerjasama dengan Yadim atau Jakim untuk berdakwah kepada nya.