Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, December 14, 2009

DATUK NAKAHIE YANG PERNAH ISLAMKAN 7,000 BUKAN ISLAM DI SABAH & SARAWAK JELASKAN ISTERI PM BERDOSA TIDAK TUTUP AURAT

KOTA BHARU, 14 Dis: Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad berkata, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tidak menutup aurat sebagai berdosa.
“Perbuatan seperti itu satu dosa,” katanya merujuk kepada soalan seorang peserta pada satu wacana yang dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri di Kelantan Trade Centre.
Penganjur bersama program itu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Perbadanan Menteri Besar.
Seorang peserta menanyakan apa hukum isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak menutup aurat dijawab bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad sebagai berdosa.
Katanya, di akhirat kelak wanita yang tidak menutup aurat akan ditanyakan di hadapan Allah Taala mengapa tidak mematuhi suruhan agama.
(Gambar: Nakhaie berkata Rosmah berdosa dan bakal dapat siksa di akhirat)
Dewan konvensyen tempat wacana diadakan penuh sesak sehingga memaksa penganjur memasang dua skrin besar di luar dewan.
Orang ramai melimpah sehingga ke atas jalan raya.
Wacana itu yang panas sepanjang program berlangsung menampilkan tiga lagi anggota panel iaitu anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Mohd Affendi Yusof.
Pensyarah kanan UKM, Prof Madya Dr Mohd Agus Yusof bertindak sebagai moderator. Hadir sama anggota Exco, Dr Mohamad Fadzli Hassan.
Nakhaie yang juga bekas Naib Presiden PAS memberitahu, beliau meninggalkan parti itu dan menyertai Umno kerana tidak ada program dakwah dalam PAS.
“Sebab itulah sepanjang berada bersama PAS saya gagal mengislamkan seorang pun bukan Islam.
“Sedangkan ketika menerajui Yadim saya berjaya mengislamkan kira-kira 7,000 bukan Islam di Sabah dan Sarawak,” katanya diikuti suara riuh rendah orang ramai.
Penjelasan Nakhaie dari awal sehingga akhir dipertikaikan hadirin sehingga ramai yang menyoraknya.

Kadang kala beliau kelihatan emosi kerana tidak tahan berdepan dengan penonton yang cuba mencemuhnya.
Mohd Afffendi pula tanpa menyembunyikan perasaan menjelaskan mahu hak Kelantan mendapatkan royalti minyak diberi perhatian kerajaan pusat.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, katanya apa pun istilah yang digunakan kerajaan pusat sama ada royalti atau ihsan ia perlu dinikmati rakyat negeri ini.
Kata beliau rakyat Kelantan tidak perlu didiskriminasi bagi mendapatkan hak mereka.
Sedangkan sebelum itu ketika menjawab soalan moderator katanya, royalti hanyalah istilah Inggeris yang digunakan, sehingga disorak orang ramai.
Malah katanya, perjanjian yang ditandatangani di antara Menteri Besar, Datuk Mohamad Nasir dan Petronas pada 1975 seperti tidak sah kerana ada perjanjian baru dibuat kerajaan Malaysia dengan Thailand pada 1990.
“Mengikut perjanjian tersebut cari gali minyak berlaku di kawasan JDA yang melibatkan Malaysia dan Thailand, di mana pembahagian dibuat 50 – 50.
“Jadi perjanjian lama pada 1975 sudah tidak terpakai kerana minyak dicari gali di kawasan JDA,” ujarnya.
Merungkai persoalan itu Mohd Amar menjelaskan kerajaan Thailand membahagikan royalti kepada Songkla memandangkan kedudukan JDA lebih dekat dengan wilayah itu.
Sedangkan katanya Malaysia tidak membahagikan royalti kepada Kelantan biar pun kawasan carigali dekat dengan negeri tersebut.
“Ini bermakna Thailand jauh lebih cerdik berbanding Malaysia kerana cuba menafikan hak royalti minyak,” katanya disambut gelak ketawa orang ramai.
Dr Asri pula tidak mahu ulama masuk campur dalam tuntutan royalti dibuat kerajaan Kelantan kerana silap percaturan ia boleh menghakiskan kepercayaan rakyat kepada golongan berkenaan.
“Saya kata kepada Perdana Menteri bagilah kepada Kelantan kerana itu hak mereka. Pemimpin kena bersikap adil kepada semua pihak seperti dituntut Islam,” katanya.

2 comments:

Hamiza said...

sy setuju ngan artikel ini..islam mmg menggalakkn kita menutup aurat..sebagai isteri seorang perdana menteri beliau harus menunjukkn contoh yg baik pada semua rakyat..lebih2 lagi bab menutup aurat..wallahualam

zul_neem said...

Assalamualaikum

Hujah yang dibawa oleh ust Nakaei yang mengatakan bahawa dalam Pas tak ada program dakwah tak boleh diterima samakali.Dakwah mempunyai pengertian ringkasnya adalah menyeru kepada pihak yang batil akan kebenaran Islam dengan menggunakan pelbagai alat dan saluran maupun program mengenai hakikat kebenaran Islam dari peringkat pengenalan ketuhanan,kenabian ,manusia,alam dunia dan kehidupan akhirat..Target atau sasaran ummun ditujukan kepada manusia bukan Islam untuk menerima kebenaran Islam dan akhirnya menjadi orang Islam.Hikmahnya dan kaedahnya adalah mengikut realiati kehidupan semasa dan sunnah nabi menjadi intipati perjalanan dakwah itu.Pas bukan sahaja wadah politik tetapi adalah satu gerakan Islam berantaian dengan gerakan Islam yang yang lain yang berada diatas muka bumi Allah ini.Mesejnya adalah Islam dan syariatIslam perlu dilaksanakan dan diamalkan.Kaeadah pembawaan Pas dalam bentuk siasah atau politk didalam pasaran senario iklim Malaysia adalah termasuk alat atau saluran yang boleh diguna pakai untuk berdakwah dan boleh menyampai Islam kepada pihak sasarannya.Walaupun kaedahnya adakala nampak keras tetapi tetapi itulah ubat yang mujarab dan terbaik bagi mengcabut kebatilan dn menanam benih-benih iman untk rakyat malaysia ini.Kesannya ada umpamanya Parti DAP sendiri boleh berlembut dan boleh menerima gagasan Pas mengenai keadilan Islam untuk hak-hak bukan Islam dan mula melangkah untuk merapati lebih dekat lagi dan ingin mengetuk pintu kebenaran Islam.7000orang yang dikatakan masuk Islam di Sabah dan Serawak perlu juga mendapat penjelasan seterusnya mengenai Islam bukan setakat mengucap kalimah sahadah,kahwin,cerai,solat,puasa dan haji.Tetapi lebih dari itu,yakni pada umumnya macam mana nak jaga iman dan menjadi manusia mukmin hingga kemati.Jadi ia ada kaitan yang rapat dengan alam kehidupan yang zahir dan ghaib.Salah satu darinya ialah mengakui rubuhiyah dan uluhiyah serta kehakimiyah ketuhanan keatas mahkluq dibumi.Pas mengikut pendapat ana dengan kecetekan ilmu yang ada mengaku telah memainkan peranan untuk memahami rakyat Malaysia akan hal ini dengan konsistennya walaupun dapat tentangan dan halangan dari pemerintah kerajaan kita.Peruntukan kewangan dan bantuan dalam pelbagai rupa dari kerajaan untuk berdakwah seperti YADIM yang boleh diterima oleh Pas nampaknya amat sukar sekali atau mustahil.Jadi macam mana sekarang ini sila jawab ust Nakaei sekira membaca komen ana ini.Minta maaf awal-awal lagi.