Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, December 23, 2009

DAKWAT BERJUTA RINGGIT DIBAKAR ADALAH TINDAKAN MEMBAZIR WANG RAKYAT DAN TIDAK LOGIK.

Dakwat kekal yang telah dibeli semasa PRU-12 yang lalu telah dilupuskan dengan membakarnya mengikut prosidur yang ditetapkan oleh Peraturan Kerajaan.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata dakwat itu tidak dapat digunakan KERANA MASALAH KESELAMATAN dan PERUNDANGAN telah di lupuskan pada 25 November yang lalu.


Teman ulang lagi dakwat dilupus sebab MASALAH KESELAMATAN & PERUNDANGAN ????

Apa kes kerajaan Malaysia boleh TERbeli dakwat yang boleh mengancam keselamatan rakyat di negara ini, ada racun ke? Atau saja tak mahu gunakan semasa Pilihan Raya ke 13 ,2 tahun lagi? Maka cepat-cepat hapuskan, tutup citer dan audit negara senang kerja. Rakyat Malaysia dan teman sendiri mahi tahu siapa pembekal dakwat yang bertuah itu. Dan dari pada siapa dan negara mana pembekal dakwat tersebut.
Tak silap teman tak kurang RM4juta nilainya. Benarkah begitu mahal harganya?
Inilah "Pengkianatan" seperti Menteri Pertahanan katakan pada perompak engin kapalterbang Tentera yang dijual keluar negara baru-baru ini.
Dan dari segi Perundangan , salah ke membeli dakwat yang terbukti berkesan dalam pilihanraya di Indonesia dan India.
Tiadakah alternatif agar dakwat itu dilelong? Teman bimbang benarkah telah dihapus siapa saksinya? Dakwat itu harus boleh digunakan untuk bahan mencetak dan sebagainya atau dijual kepada negara yang menggunakannya.
Memang Tidak Logik Dilupuskan Dakwat Tersebut.

2 comments:

KTM pun Tertipu said...

Kalau guna dakwat tu masa PRU12..Malaysia ni dah di perentah oleh PR dah..sebab pengundi hantu BN tak dapat mengundi dua tiga kali..sebab dari KL ke JB ke KB dan ke Kedah Perlis hanya EMPAT JAM saja..

Depa boleh guna lesen memandu tiruan yang diubahsuai gambar pemilik kepada gambar pengundi hantu..boleh guna kad2 kuasa lain ganti kad pengenalan..jadi nak tak nak...KETUA TEMPAT MENGUNDI akan bagi kertas undi..sebab nama dan No KP sama..gambar dalam kad pulak SAMA dengan muka pengundi hantu tu..

TAPI kalau pakai dakwat jari..TAKTIK pengundi hantu ini tak dapat DILAKSANAKAN..

Anonymous said...

Rakyat wajar beri tekanan pada SPR agar gunakan dakwat hitam tersebut pada PRU13 nanti.Teman pasti SPR akan beli sebab projek baru dapat tender.Tapi selepas beli mereka akan reka alasan dakwat tak relevan digunakan.Begitulah yang akan berlaku.