Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, December 3, 2009

AKHIRNYA LAPORAN SIASATAN KUALA DIPANG PUN TEMPANG

Tahniah kerana akhirnya laporan siasatan tagedi jambatan runtuh di Kuala Dipang yang mengorbankan tiga nyawa yang mengikuti perkhemahan di Pusat Ko Kurikulum Negeri Perak diumumkan hari ini.Tidak seperti nasib laporan tanah runtuh Bukit Antarabangsa yang dah memakan masa 12 bula siap tapi belum boleh diumumkan.
Laporan siasatan itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom yang juga pengerusi Jawatankuasa Siasatan.
Takziah kerana laporan tersebut tidak dapat menyatakan dengan jelas syarikat/individu/pihak yang bertanggungjawab dalm trgedi tersebut.
Tetapi laporan yang diumumkan itu tidak menyatakan siapa yang perlu dipertanggungjawabkan di sebalik tragedi berkenaan. Sebaliknya laporan itu lebih menyentuh aspek teknikal yang orang asli di perkampungan Kuala Dipang pun tahu puncanya. Antaranya laporan tersebut menyebut,
Kejadian berpunca daripada kegagalan blok konkrit tambatan di “Pylon A” untuk menampung beban tambahan dari “back-stayed cable”. Menurut jawatankuasa itu, jambatan yang dibina hasil sumbangan pihak swasta itu tidak berasaskan kepada kod rekabentuk kejuruteraan dan spesifikasi kerja yang baik.
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang mempengerusikan jawatankuasa tersebut berkata berdasarkan perkiraan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), beban hidup di atas jambatan yang mampu ditanggung oleh blok tambatan sedia ada hanya 0.08 kN/m atau maksimum murid yang boleh ditanggung hanya lapan orang (dengan beranggapan berat seorang murid 35kg).
"Kementerian Pelajaran Malaysia akan mendapatkan pandangan dari Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, Jabatan Peguam Negara dalam menentukan tindakan yang wajar diambil terhadap pihak berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sepatutnya Jawatankuasa itu mesti mengumumkan kontraktor yang terlibat dengan projek berkenaan. Difahamkan pihak kontraktor 'menghadiahkan' jambatan gantung yang runtuh itu sebagai 'sumbangan' kepada Jabatan Pelajaran Perak. Kenapa kontraktor berkenaan amat bermurah hati menghadiahkan jambatan maut itu?
Pastinya kontraktor itu telah mengaut laba yang banyak sehingga begitu pemurah menghadiahkan jambatan itu.Perlu diumumkan berapa kos pembinaan jambatan gantung itu dan kos tender yang diperolehi oleh kontraktor membina pusat kokurikulum. Perlu didedahkan berapa banyak lagi kontraktor berkenaan mendapat projek lain yang melibatkan kerajaan Perak dan Jabatan Pelajaran. Jika ia kontraktor yang sama ada kemungkinan banyak lagi nyawa yang bakal terancam.
Pengumuman siasatan tragedi ini sebenarnya menimbulkan lebih banyak misteri seolah-olah ada pihak tertentu yang cuba diselamatkan dan dilindungi. Siasatan ini tidak merungkai masalah tetapi makin menambahkan kekusutan.

No comments: