Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, December 22, 2009

AKARUMBI NAJIB BERI KATA DUA PULUH LIMA

Ini teguran berupa kata dua oleh blog yang panas dan miang.Blog ini menyokong Najib tetapi sayang pada UMNO kununya.
Hati-hati bercakap tu Najib!
1. Kami cuba untuk memahami mesej tersirat yang cuba disampaikan Najib apabila beliau menyeru rakyat Malaysia terutamanya Melayu untuk mempelajari bahasa Mandarin.

2. Dua alasan yang diberikan Najib supaya mempelajari Mandarin disebabkan China telah muncul sebagai salah satu kuasa besar dalam ekonomi dunia dan agar bangsa Melayu dapat memahami kaum Cina dengan lebih baik.

3. Namun, alasan kedua yang diberikan Najib agak meragukan kami.

4. Dewasa ini, walaupun kebanyakan kaum bukan Melayu memahami serta mampu bertutur dalam bahasa Melayu (walaupun masih ramai yang pelat), namun mereka kelihatan masih gagal memahami sensitiviti bangsa Melayu.

5. Buktinya, ramai kaum bukan Melayu yang sering mempertikai, memperkecil, malah memperlekehkan Raja-Raja Melayu, Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta hak-hak istimewa Melayu yang sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

6. Kami belum lupa bagaimana menteri-menteri bukan Melayu pernah menghantar memorandum bagi mempertikaikan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

7. Masih jelas dalam ingatan kami tentang niat Karpal yang ingin menyaman Sultan Perak.

8. Masih terbuku dihati kami apabila Teresa Kok memadamkan tulisan jawi di papan tanda jalan serta mengarahkan agar laungan Azan diperlahankan.

9. Masih terpendam kemarahan kami dengan klip video Wee Meng Chee, blogger yang mempertikaikan Islam, sokongan terbuka terhadap komunis serta forum kontroversi yang dianjurkan Majlis Peguam; dan sehingga kini masih tiada ketegasan sewajarnya daripada Kementerian Dalam Negeri.

10. Itu hanya sebahagian kecil peristiwa yang berlaku dalam negara.

11. Masih banyak lagi yang boleh disenarai akan 'keikhlasan' kaum bukan Melayu yang 'tersangatlah memahami' sensitiviti bangsa Melayu; walaupun kaum bukan Melayu kononnya faham serta mampu bertutur dalam bahasa Melayu.

12. Akta Pendidikan 1996 digubal semasa Najib menjadi Menteri Pendidikan.

13. Kesan daripada akta tersebut, maka sekolah vernikular kini mendapat keistimewaan bantuan daripada kerajaan.

14. Harus diingat semasa Akta Pendidikan 1996 digubal, kerajaan mahupun Najib ketika itu tidak pun menerima sebarang tekanan daripada kaum bukan Melayu.

15. Rentetan itulah maka kami pernah menyuarakan ketidakpuasan hati berkenaan akta ini dalam artikel Dua Orang Sepupu Yang Kurang Cerdik serta Dasar Pemimpin Yang Menyalahi Perlembagaan.

16. Bagi kami, mengutamakan bahasa Mandarin atau bahasa Tamil, adalah bertentangan dengan hak kesemarataan dan hak tentang pendidikan di Malaysia.

17. Ketika kesedaran semakin berkembang di kalangan rakyat akan peri pentingnya Sistem Satu Sekolah dilaksanakan bagi menjamin perpaduan dan keamanan berterusan, Najib pula mengusulkan agar rakyat mempelajari bahasa Mandarin.

18. Kenyataan Najib agar bangsa Melayu mempelajari Mandarin seolah seperti cuba menyamaratakan bahasa tersebut dengan bahasa kebangsaan.

19. Secara tidak langsung Najib turut mengiktiraf SJKC dan sekaligus 'membunuh' aspirasi sebahagian besar rakyat yang ingin merealisasikan penyatuan kaum melalui bahasa kebangsaan.

20. Tidaklah salah jika Najib menggalakkan rakyat menguasai bahasa asing demi pemerkasaan ilmu dan ekonomi, tetapi ia menjadi KESALAHAN BESAR apabila beliau menyebut secara spesifik agar mempelajari bahasa Mandarin.

21. Pengiktirafan yang diberikan Najib kepada bahasa Mandarin, kelak akan menyukarkan usaha ke arah penyatuan penduduk berbilang kaum di Malaysia.

22. Masalah akan timbul akibat terlalu ingin menjaga perasaan kaum lain sehingga kelihatan seperti meminggirkan kepentingan bangsa sendiri.

23. Hati-hati bila berkata wahai Najib.

24. Bercakap selaku menteri berbanding bercakap selaku Perdana Menteri sangat banyak beza serta besar jurang kuasanya.

25. Takut nanti kata-kata tersebut dijadikan peluru oleh musuh untuk 'menembak' kembali kerajaan.

1 comment:

zul_neem said...

assalamualaikum

Ada orang kata jangan jadi katak dibawah tempurung,sebab takut-takut nanti keupayaan minda seluas dunia tempurung itu.Malahan mendatangkan penyakit pemikiran sekiranya bertembung dengan arus deras dan jurusan idea dari luar.Berkenaan dengan bahasa yang wujud dibumi atas ciptaan Allah adalah hak dan kemudahan pada manusia untuk berhubungan,mempelajari dan mengetahui antara sesama mereka.Sesiapa pun yang menganggap dirinya manusia boleh mempelajari bahasa selain bahasa ibonda mereka.Tiada halangan dan tidak haram dari syariat Islam.Menjadikan benteng pertahanan atau making security dalam sesuatu budaya dengan mengguna bahasa ibonda perlu diperkukuhkan dengan bantuan bahasa yang lain supaya boleh mewujudkan jambatan dan saluran berinteraksi pemindahan pengisian tamadun antara budaya.Umpamanya budaya Islam Arab dengan budaya Melayu yang bergandingan sejak beratusan tahun yang lalu.Menyekat dan membenteng mempelajari bahasa oleh sesuatu bangsa boleh mendatangkan pengasingan mereka didalam pelbagaian bangsa dan bahasa atas muka bumi ini.Umpamanya ia mengasingkan dirinya dari kelompok masyarakat dan tidak berinteraksi selamanya.Kesannya masyarakat tidak tahu akan kewujudannya.Yang menjadi kesalahan besar ialah bahasa ibonda dimatikan tapi diganti dengan bahasa lain yang tidak sesuai dengan fitrah bahasa dan budaya sesuatu bangsa itu.