( Gambar di atas - dipetik dari Facebook Datuk Raja Nong Chik dimana selepas sessi perbahasan di parlimen semalam.Kelihatan Raja Nong Chik sedang sembang dengan Wee Choo Keong dan Nazri Aziz )
PERANG ANTARA WEE CHOO KEONG DAN SHAFIE SEMAKIN PANAS ; PARLIMEN LULUS USUL SIASAT SHAFIE !
Kontroversi antara Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong dan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shafie Abdulah yang juga merupakan Ketua UMNO Wangsa Maju semakin panas apabila Wee Choo Keong mendakwa Shafie telah cuba menakut - nakutnya di Lobi Parlimen semalam - selepas membangkitkan beberapa isu mengenai Shafie semasa sessi perbahasan semalam.
" Selepas perbahasan, saya keluar dari ( Dewan Rakyat ) dan berbual dengan seorang pegawai dari Kementerian Wilayah Persekutuan. Ketika sedang bercakap seorang lelaki mendampingi saya. Dia kelihatan marah dan bertindak kasar. Dia bertanya mengapa saya membawa nama dia di Parlimen" , kata Wee Choo Keong di satu Sidang Akhbar hari ini.
PARLIMEN LULUS USUL SIASAT SHAFIE
Sementara itu, Parlimen hari ini dikatakan meluluskan usul bagi menyiasat Shafie Abdullah dan juga tuduhan yang di buat oleh Wee Choo Keong . Usul yang diluluskan dibawah Akta Keistimewaan dan Kuasa 1952 membolehkan sebuah jawatankuasa khas dibentuk untuk menyiasat Shafie , kata Laporan dari Malaysia Insider. Sila klik -Parlimen lulus usul siasat setiausaha politik Najib , untuk baca laporan selanjutnya.
APA KATA NAZRI AZIZ ?
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz pula mempertahankan dakwaan Wee sambil menegaskan, setiap Ahli Parlimen harus " bebas untuk bercakap".
" Sebagai Menteri yang bertanggungjawab atas urusan Parlimen, saya tidak boleh menghalang seseorang anggota Parlimen daripada membahaskan isu - isu berkaitan meskipun ia melibatkan individu tertenu", katanya hari ini.
Nazri dipetik berkata, jika apa yang diperkatakan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju bahawa beliau dihalang Setiausaha Politik, ia adalah perkara serius.
Di Parlimen semalam, Wee mendakwa Shafie mencampuri urusan pentadbiran DBKL dan bertindak seolah - olah menjadi "De - Facto" Menteri Wilayah Persekutuan. Wee turut melabel Shafie sebagai " Mr .Political Toll ". Sila klik DISINI , untuk baca tuduhan Wee Choo Keong.
PENJELASAN RAJA NONG CHIK
Namun, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik yang diserang habisan - habisan oleh beberapa Ahli Parlimen dengan soalan - soalan panas semalam , menafikan sekeras - kerasnya penglibatan Datuk Shafie Abdullah yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO WP, sebaliknya memberitahu beliau sendiri yang dirujuk oleh DBKL dalam soal pengurusan gerai dan tapak pasar malam.
" Saya boleh sahkan bahawa Timbalan Ketua Pengarah DBKL Datuk Mohd Amin Noordin ada menghubungi saya bagi mendapat kelulusan an saya setuju".
Raja Nong Chik meminta Wee Choo Keong tampil membawa bukti benar jika benar beliau mempunyai integriti.
Bagaimanapun , Wee Choo Keong gagal berbuat demikian , sebaliknya cuba mengaitkan dakwaan itu dengan Mohd Amin, kononya Timbalan Ketua Pengarah DBKL itu yang mendedahkan semua tuduhan tersebut kepada beliau.
No comments:
Post a Comment