10 orang menteri kabinet gagal menyerahkan laporan masing-masingmengakibatkan
pembentangan laporan tersebut terpaksa ditunda sehingga akhir bulan Disember, sebulan terlewat dari sasaran sebagaimana di tetapkan Najib sendiri, penilaian dibuat setiap enam bulan sekali Kerajaan Umno/ Barisan Nasional hari ini gagal membentangkan laporan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI-Key Performance Index)
Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak berkata beliau akan berjumpa dengan menteri berkenaan dalam beberapa hari ini, bagi memastikan KPI yang dibentangkan setelah enam bulan beliau mengambil alih tampuk pemerintahan.
"Saya akan menemui beberapa menteri esok dan yang lain selepas Persidangan Iklim di Copenhagen. Semua (penilaian) pembentangan akan selesai akhir bulan ini," katanya sebagaimana dilaporkan Bernama.
Najib berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat kali ketiga berkaitan persiapan akhir KPI.
Berikutan itu, akhbar-akhbar media perdana tidak melaporkan kegagalan tersebut sebaliknya memusingkan kepada soal pencapaian keseluruhan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), yang ditonjolkan sebagai ‘mencapai tingkat puas hati’ Perdana Menteri.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment