Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, December 10, 2009

1 KM SESAK & 3 CEDERA MELIHAT KUBUR DIGALI SEMULA

Kubur mendiang G Guakanthan, yang kematiannya diklasifikasikan polis sebagai mati mengejut, digali semula untuk mengeluarkan mayat mendiang bagi proses bedah siasat kali kedua yang akan dijalankan di Hospital Sungai Petani.
Ketua polis daerah Seberang Prai Selatan, Supt Shafien Mamat berkata bapa mendiang, S Govindasamy telah memohon melalui mahkamah dan mahkamah majistret kelmarin membenarkan permohonan untuk menggali semula kubur mendiang untuk proses bedah siasat.
"Proses menggali semula kubur mendiang bermula kira-kira pukul 4.30 petang dengan kehadiran majistret Mohd Izham Ali, pakar forensik, doktor dan anggota keluarga di tanah perkuburan Hindu di Nibong Tebal," katanya kepada pemberita yang ditemui di tanah perkuburan itu semalam.
Guakanthan, 31, yang berasal dari Taman Cenderawasih dekat Nibong Tebal ditemui mati di Sungai Udang pada 4 Nov lepas dan kematiannya dikelasifikasikan sebagai mati mengejut oleh polis.

Shafien berkata bedah siasat itu akan dijalankan oleh pathologis dari Alor Setar dan doktor Hospital Sungai Petani.
"Kami berharap akan memperolehi keputusan bedah siasat kedua itu secepat mungkin," katanya.
Govindasamy berkata anggota keluarganya tidak dapat menerima kematian anaknya itu disebabkan lemas kerana mendiang pandai berenang, sebaliknya percaya Guakanthan dibunuh.
Difahamkan proses menggali semula kubur mendiang telah menyebabkan kesesakan lalu lintas kira-kira satu kilometer di kawasan itu sehingga menyebabkan berlaku kemalangan mencederakan tiga penunggang motosikal yang berhenti untuk menyaksikan proses penggalian itu di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dekat Nibong Tebal. BERNAMA

1 comment:

Ibnu Hasyim said...

Al-hamdulillah , Tuan editor blog.