KUALA LUMPUR, 9 Okt. | Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berharap kerajaan boleh memanfaatkan kunjungan rasmi kerajaan China esok.
Ianya termasuk membenarkan pelapor dari China memegang 10 peratus saham Sime Darby demi meneroka pasaran perdagangan baru di sana.
“Malaysia sepatutnya mengambil manfaat dari lawatan China ke negara kita dengan membuat rundingan-rundingan yang boleh beri manfaat bersama,” ujarnya.
“Dengan beri 10 peratus saham Sime Darby pada China, ia akan beri keuntungan berganda…contoh pasaran minyak sawit kita boleh menembusi pasaran China yang luas.”
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berpendapat dengan pemegangan ekuiti itu, membolehkan Malaysia melebarkan pasaran minyak sawit ke negara pengguna terbesar dunia itu.
“Kalau beli rakyat China boleh ambil (beli) satu sudu minyak sawit kita pun, kita dah untung besar hasil perkongsian perdagangan ini,” ujarnya.
“Konsumerisme China yang agak tinggi sekarang tidak mustahil mampu meningkatkan harga minyak sawit global…akhirnya negara dan rakyat dapat pulangan hasil industri komersial ini.”
Tambahnya lagi, isu pemilikan 10 peratus ekuiti minyak sawit Sime Darby tidak boleh disamakan dengan isu pemilikan 30 peratus ekuiti beras BERNAS yang dipertikai sebelum ini.
“Isu BERNAS, kerajaan cuba memberikan pemilikan yang besar kepada Hong Kong tanpa kita boleh ambil apa-apa manfaat yang lebih dari mereka.”
“10 peratus yang kita tawar pada China, kita masih kuasai Sime Darby…dan yang lebih penting kita dapat keistimewaan memasarkan minyak sawit kita dalam pasarannya yang cukup luas itu,” jelasnya.
Dengan penerokaan pasaran baru ini, ianya akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai pengeluar minyak sawit terbesar dunia. -END
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment