Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, November 3, 2009

UMNO PUN DAH BUANG SISTEM KUOTA ,MENTERI TANI MASIH GUNA KUOTA ,PETANI TERUS DIAUTA & MERANA!

Teman ingat lagi kes padi bertimbun di Tanjung Karang tidak dapat diproses sebab kilang pun buat kuota boleh terima sekian banyak sahaja.Inilah bodohnya Kementerian Pertanian & Asas Tani buat bisnis padi,masa menuai kenapa tolak jualan dari petani? Kalau padi banyak ,tambah lah masa kilang proses padi bukannya tolah padi petani.Sebelumnya Penanam padi punya setia sanggup ikut cakap MARDI guna benih terbaik yang boleh keluarkan padi banyak .Bila masa menuai tiba-tiba padi sangat banyak mereka guna kuota pula,sebab apa ? tak taulah rasionanya.
Lebih 100 petani di Mukim Bendang Morak, Tumpat hari ini mengadakan demonstrasi secara aman di kawasan sawah padi mereka bagi meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menghapuskan sistem pembelian padi mengikut kuota oleh pengilang.

Mereka mendakwa sistem kuota yang berkuatkuasa tahun lalu itu menyebabkan mereka menanggung kerugian besar.

Dalam demonstrasi kira-kira sejam itu dan sambil mengibarkan sepanduk antaranya tertera ‘Jangan Sekat Rezeki Kami’ dan ‘Hapuskan Sistem Kuota Yang Merugikan Petani’, mereka mendakwa tidak sanggup lagi menanggung kerugian.

Penyelia Pembangunan Mukim Bendang Morak, Yusuf Salleh berkata sewajarnya kerajaan menghapuskan sistem kuota itu bagi membolehkan pengilang membeli seberapa banyak padi daripada petani.

“Apabila sistem kuota dilakukan, ada pengilang yang menolak untuk mengambil padi kami yang dijual pada kadar harga RM1,000 untuk satu tan metrik padi.

“Mahu tidak mahu kami terpaksa mencari kilang lain yang hanya mahu membeli pada kadar harga jauh lebih rendah daripada yang sepatutnya,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata harga rendah itu tidak mampu untuk petani menguruskan kerja-kerja di sawah padi seperti baja dan bajak yang tinggi kosnya.

“Kalau terus begini akan ada sawah padi yang terus terbiar kerana kami tidak mampu untuk mengerjakan sawah kerana tidak setimpal dengan hasil yang diterima,” katanya.

Zulkifli Awang, 30, pula berkata hasil padi yang tidak dituai serentak telah menimbulkan keadaan “siapa dulu dia dapat” untuk menjual kepada pengilang, manakala tuaian yang berikutnya kemungkinan menghadapi masalah kerana kuota pembelian telah mencukupi.

“Segeralah tangani masalah kami kerana sistem kuota ini hanya menguntungkan pengilang dan bukannya petani,” kata petani itu.

Katanya, di kampung itu terdapat lebih 350 hektar sawah padi dan setiap pengilang pula hanya dibenarkan membeli sebanyak 8,000 metrik tan padi sahaja untuk setahun.

Semalam keadaan kecoh seketika di sebuah kilang padi di sini kerana pihak pengurusan kilang itu enggan membeli padi daripada petani atas alasan sudah cukup kuota.

No comments: