Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, November 6, 2009
TOK GURU NIK AZIZ JAMIN HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN SINGAPURA AKAN LEBIH MANTOP DAN DIPERTINGKAT JIKA DITADBIR PAKATAN RAKYAT
SINGAPURA, 5 Nov : Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberi jaminan, hubungan Malaysia dan Singapura akan lebih rapat lagi jika Pakatan Rakyat memerintah negara ini.
Jaminan ini diberikan beliau ketika memberikan syarahan khas dalam program anjuran Rajaratnam School of International Studies (RSIS), Universiti Teknologi Singapura, di sebuah kelab dekat sini pagi tadi.
Menurut Mustafa, jaminan ini juga telah diberikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika dikunjungi Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew sebelum ini.
"Bukan sahaja hubungan kita akan kekal, saya memberi jaminan ia akan bertambah baik," katanya di hadapan para ahli akademik, ahli politik Singapura dan juga para wartawan.
Turut serta mendengarnya adalah Menteri Negara bagi hal Ehwal Luar Singapura, Zainul Abidin Rasheed.
Mustafa memberikan syarahan khas bertajuk 'Perkembagan Terkini PAS dan Pakatan Rakyat' yang dianjurkan oleh RSIS.
Image
(Gambar : Mustafa bersama Zainul Abdin di depan Masjid Sultan, antara masjid yang tertua di Singapura)
Dalam majlis ini juga, Mustafa menegaskan PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno bahkan akan memperkukuhkan Pakatan Rakyat.
"Memang saya mengaku, saya antara yang bertemu Perdana Menteri Abdullah Badawi selepas pilihan raya umum 2008 lalu tetapi pada malam itu juga kita telah memutuskan menolak tawaran Umno untuk bekerjasama," katanya.
Menurut Mustafa, seminar khas anjuran PAS Sabtu ini juga akan memperkukuhkan lagi komitmen PAS dengan Pakatan Rakyat.
Dalam seminar ini, katanya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan memberikan ucapan khas ke arah memperkukuhkan Pakatan Rakyat.
"Kami yakin, PAS dan PKR akan mampu menggantikan Umno bagi menjaga kepentingan politik orang Melayu," katanya.
Selain memberikan syarahan khas itu, Mustafa telah diraikan oleh Menteri Negara Singapura dalam satu majlis makan tengahari yang disertai oleh para pegawai kanan Singapura dan juga RSIS.
Pada sebelah petangnya, menteri itu sendiri menjadi 'pemandu pelancong' beliau untuk melihat Istana Kampung Gelam yang kini menjadi muzium Tamadun Melayu di Singapura.
Di sana, kerajaan Singapura melalui satu yayasan yang dipimpin Zainul Abidin menyimpan sejarah perkembangan orang Melayu di Singapura.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ceh..apsal x fikir cara nak mantapkan hubungan singapura & malaysia tanpa PR yang mentadbir??
Post a Comment