Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Thursday, November 19, 2009
TANAH HEMPAP KANCIL
Komen : Inilah masa yang sibuk kepada wakil rakyat untuk menonjolkan diri mereka untuk berbakti pada rakyat.Ayuh YB-YB segera turun padang!
Pihak berkuasa tempatan mengarahkan 50 penghuni di sekitar kawasan Flat Taman Cheras Awana berpindah serta merta ekoran kejadian tanah runtuh setelah hujan lebat melanda Lembah Klang petang tadi.
Lima puluh penghuni yang diarahkan pindah serta merta oleh Ketua Polis Daerah Kajang itu melibatkan 10 buah keluarga.
Kejadian itu juga telah memusnahkan tiga buah kereta dan sebuah motosikal yang tertimbus oleh tanah runtuh itu.
Para penghuni mendakwa sebelum kejadian tanah runtuh itu berlaku, para kontraktor yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Kajang sedang membina tembok penghalang hakisan di lereng bukit kawasan berkenaan.
Ketua Polis Kajang, Penolong Pesuruhjaya Polis Sakaruddin Che Mood yang melawat tempat kejadian mengarahkan 10 keluarga mengosongkan kediaman mereka serta merta.
Lima keluarga dipindahkan sementara ke Dewan Masyarakat Cheras Permai manakala selebihnya menumpang di kediaman saudara mara yang terdekat. Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Ng Thien Chee berkata, Jabatan Kejuruteraan majlis itu akan menjalankan siasatan bagi memastikan sama ada kerja-kerja yang sedang dijalankan oleh kontraktor berkenaan menepati paiwaian. Beliau berkata, keluarga yang menjadi mangsa akan diberikan wang pampasan.
Salah seorang penghuni flat yang terlibat, B. Ravindran, 42, ketika ditemui wartawan berkata, kereta Wira dan Kancil miliknya musnah ditimbus tanah dalam kejadian itu. “Keluarga saya dan diri saya sendiri kini menghadapi kesukaran untuk bergerak tanpa kereta mereka sekarang. Isteri saya menggunakan salah sebuah kereta untuk menghantar anak-anak ke sekolah," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam,
Sepatutnya YB ni kena pastikan kerja-kerja bantuan ni kena cepat sampai.Jangan dok main talipon dari office saja.Atau jawapan standard.."ok saya dah hantar wakil saya dah"..
Rakyat nak tengok YB duduk sama-sama dengan rakyat dalam waktu senang dan susah.
Post a Comment