Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, November 3, 2009

SUMBANGAN PRIHATIN KEPADA 4 ADIKBERADIK YATIM-PIATU BUKIT SENTOSA


BUKIT SENTOSA – Kesedihan dilalui empat beradik yatim piatu di Taman Bakawali di sini mendapat perhatian pemimpin masyarakat tempatan.
Anak yatim berkenaan yang baru kehilangan ayah seminggu lalu akibat sakit jantung mendapat sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas daripada Pusat Khidmat Masyarakat , Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dewan Pemuda Pas Hulu Selangor, Persatuan Penduduk dan jawatankuasa Masjid As-Salam.
Pengerusi Pusat Khidmat yang juga Ketua Cabang PKR Hulu Selangor, Mohd Nashruddin Abd Aziz berkata, bantuan dihulurkan sebagai tanggungjawab dan bukti keprihatinan PKR dalam membela nasib golongan kurang berkemampuan.
“Kami memahami kesedihan dialami empat beradik ini kerana setelah setahun kehilangan ibu, ayah mereka pula kembali ke rahmatullah.
“Diharap dengan sumbangan tidak seberapa ini bersama perhatian yang diberikan akan memberi sedikit keceriaan kepada mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan itu di rumah anak yatim berkenaan.
Nashruddin berkata, Pusat Khidmat Masyarakat menyumbangkan wang tunai RM1,000 berserta barangan asas.
Sementara, Dewan Pemuda Pas bersama jawatankuasa Masjid As-Salam menyumbangkan RM400 dan RM100 daripada persatuan penduduk.
Nashruddin berkata, keprihatinan semua pihak dalam membantu anak yatim berkenaan bukti kesungguhan dalam membela nasib golongan kurang berkemampuan.
Menurutnya, semua pihak wajar mencontohinya dan mengambil langkah sama dalam membantu mereka.
Sementara itu, kakak kepada empat beradik itu, Mareta Zainal Abidin, 19, ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan terharu dengan perhatian serta sumbangan diberikan.
Dia yang masih menuntut dalam jurusan perakaunan di Kolej Asa, Rawang akan tetap meneruskan pengajiannya dan berusaha membela nasib adik-adiknya.
“Saya amat terharu dengan perhatian yang diberikan dan berterima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu.
“Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa anda semua,” katanya yang tidak dapat menahan sedih.
Menurut Mareta, arwah ayahnya adalah seorang bekas anggota Polis Di Raja Malaysia (PDRM) berpangkat Sarjan dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Menurutnya, ayahnya mengidap penyakit jantung dan meninggal dunia setelah diserang ketika selesai mandi.
“Kini kami hanya bergantung kepada bapa saudara yang tinggal di Pulau Pinang. Bermula minggu hadapan, bapa saudara saya akan mengambil adik-adik untuk dibawa tinggal bersama di sana.
“Saya terpaksa menghabiskan pengajian yang berbaki tujuh bulan lagi dan menetap sementara di rumah ibu angkat di sini,” katanya.

No comments: