Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, November 9, 2009

SAKSI SEMASA YB DR XAVIER MEMBERI UCAPAN

DAKWAH BERMULA DI MASJID
Sekali lagi sesetengah ahli UMNO memperlihatkan kurang fahamnya mereka tentang hukum hakam agama. Rioh rendah mengadu kepada JAIS yang ADUN Sri Andalas masuk berceramah dalam Masjid Ar-Rahimiah Ramadhan yang lalu. Entah-entah yang membuat laporan pun tidak hadir sama dalam masjid masa itu. Apa pun lebih mengejutkan apabila Pengarah JAIS pula turut melatah. Atas dasar apa beliau hendak mengambil tindakan ke atas AJK masjid dan melarang seorang bukan Islam masuk masjid. Apa dalil agamanya?
Saya terperanjat kerana sejak saya di bangku sekolah (bukan sekolah agama pun!)lagi, saya sudah tahu dan jelas yang di zaman Rasulullah SAW, baginda berdakwah kepada orang bukan Islam di dalam masjid. Baginda tidak pernah melarang sesiapa memasuki masjid (Malah ada seorang sahabat yang baru memeluk Islam biasa buang air kecil dalam masjid tapi Rasulullah SAW melarang para sahabat lain daripada mengambil tindakan terhadapnya - begitulah uslub dakwah baginda... jangan salah tafsir yang saya kata boleh buang air dalam masjid pula...) Kemudian kita juga melihat JAKIM pun tidak pernah menghalang pelawat-pelawat atau pelancong bukan Islam melawat masjid-masjid di negara kita -Masjid Negara, Masjid Putrajaya, Masjid Shah Alam pun (dibawah JAIS kan???). Malah pihak masjid menyediakan lagi pula pemandu pelancong yang bukan sahaja setakat memberi taklimat mengenai masjid tersebut tetapi turut memberi penerangan tentang Islam kepada pelawat. Bukan sahaja masjid-masjid di Malaysia boleh dimasuki bukan Islam, masjid-masjid di negara Islam pun membenarkan orang bukan Islam. Yang tidak boleh dilawati orang belum Islam hanyalah Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah kerana kedua-dua masjid ini terletak dalam kawasan tanah haram. Aduh... sudahlah kita tidak berusaha untuk berdakwah kepada orang bukan Islam tetapi bila orang lain hendak berdakwah ada pula orang lain pula hendak menghalang.
Saya turut hadir semasa program tersebut. YB Dr Xavier tidak berceramah. Sebagai ADUN memang tepat beliau berada sama untuk meraikan rakyat umat Islam dalam kawasannya untuk berbuka puasa. Saya pun turut memberi ucapan ringkas selepas YB Dr Xavier memberi ucapannya. Malah saya berseloroh yang itulah kali pertama saya memberi ucapan di dalam masjid Ar-Rahimiah di hadapan jemaah masjid dan saya kira saya muslimah pertama berbuat demikian di masjid Ar-Rahimiah. Sebelum itu sebagai wakil rakyat, saya sudah pernah memberi ucapan di masjid-masjid dan surau-surau lain dalam kawasan Parlimen Kota Raja.
Sudah sampai masanya saya kira pemegang-pemegang jawatan di MAIS baik pun JAIS perlu ada pendidikan agama formal atau perlu ada tauliah juga (seperti penceramah agama) terutamanya jawatan yang membuat keputusan.Mungkin ada yang kata tidak perlu kerana jawatan pentadbiran sahaja. Sudahlah tindakan menahan DR Asri kerana berceramah tanpa tauliah memalukan negeri Selangor. Tebal muka saya semasa di parlimen apabila Ahli-Ahli Parlimen dari kerajaan dan pembangkang turut "membelasah" selangor. Untuk melihat reaksi mereka, saya bangun bertanya adakah YB Kalabakan sedar yang enakmen agama di Selangor memerlukan penceramah agama mempunyai tauliah (dari JAIS) dan Sultan sendiri telah menegaskan perkara ini. Siapa yang menyaksikan rakamannya tentu tahu apa jawapannya. Kesimpulannya, enakmen perlu rasional! Orang sudah jadi mufti laaa...nak tauliah lagi. Memang padanlah muka kita umat Islam apabila ditertawakan oleh orang bukan Islam.
Kadang-kadang saya tertanya-tanya kenapa pegawai-pegawai agama mana-mana negeri di Malaysia selalu memberi alasan yang kuasa agama di bawah sultan-sultan apabila sesuatu perkara berkaitan agama boleh atau tidak boleh dilakukan (contoh penyelarasan undang-undang keluarga Islam). Bukan-kah sultan-sultan membuat keputusan mengikut maklumat dan nasihat kepada baginda? Jangan tindakan-tindakan Jabatan-jabatan agama memberi persepsi negatif kepada raja-raja kita.
Jangan lah disebabkan kejahilan kita, orang bukan Islam bertambah jauh dari Islam. Apa yang hendak kita jawab di Padang Mahsyar nanti bila orang bukan Islam mengatakan yang dakwah Islam tidak pernah sampai kepada mereka? Renungkanlah..

Dr Siti Mariah Mahmud

2 comments:

Anonymous said...

Apakah hukumnya orang yang berhadas besar memasuki masjid. Setahu saya, hukumnya adalah HARAM.

PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 said...

Wahai kawan! penanya ?kamu ni seorang Islam atau bukan?kalau seorang Islam tanyalah ustaz berdekatan kamu,nanti kalau teman jawab kamu tak terima.
teman bukan mufti nak beri hukum.
kalau haram , Jakim,JAWI & JAIS harus dipersalahkan memberi orang bukan Islam memasuki Masjid Negara,Masjid Putra ,Masjid jamek dan sebagainya.