Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Monday, November 2, 2009
PERSOALAN YANG BELUM TERJAWAB? ARAHAN SIAPA TRAGEDI DR ASRI DITANGKAP?
Ahad malam 12.30 mlm di sebuah banglo di kawasan perumahan mewah,Taman Sri Ukay, Hulu Kelang yang selama ini sepi bertukar menjadi kecoh apabila bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS). Sebab yang diberikan ialah beliau tidak mempunyai tauliah daripada pihak berkuasa agama Selangor untuk memberikan ceramah. Wartawan AgendaDaily yang mendapat maklumat dari satu sumber mengenai kemungkinan Dr Asri ditahan tiba di banglo yang terletak di Lorong 2C kira-kira jam 9.00 malam. Sejurus itu tiga buah van dan beberapa buah kereta penguatkuasa JAIS tiba. Dilaporkan 35 orang JAIS dan 25 orang Polis .Ketika itu kedengaran suara Dr Asri sedang memberi ceramah di dalam banglo berkenaan. Sebahagian hadirin yang datang ke ceramah itu duduk di luar rumah dan mengikutinya menerusi CCTV dan sebahagian di dalam. Setelah menunggu kira-kira setengah jam, beberapa orang pegawai penguatkuasa JAIS memasuki banglo itu dan memaklumkan kepada pihak tuan rumah kehadiran mereka adalah untuk menahan Dr Asri kerana memberikan ceramah agama tanpa tauliah.
Semua orang tahu urusan agama ialah dibawah bidang kuasa sesebuah negeri berkenaan. Taman Sri Ukay,Hulu Kelang di mana Dr Mohd Asri Zainul Abidin ditahan Ahad malam terletak di Selangor. Apa yang mencetuskan persoalan besar semasa sidang akhbar bekas Mufti Perlis itu selepas beliau dibebaskan dengan ikat jamin oleh Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada jam 1 awal pagi Isnin kerana memberi ceramah tanpa tauliah ialah siapa yang mengarahkan penahanan itu. Yang pasti Dr Asri sendiri mengakui beliau memang tidak ada tauliah untuk memberi ceramah di negeri Selangor.
Dipercayai Dr. Asri dah beberapa kali berceramah di rumah tersebut tetapi tiada tindakah sebegini dilakukan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment