Teman mengalu-alukan tindakan MB Selangor membongkar dan mendedahkan penyelewengan Khir Toyo yang cuba berselindung di bawah akta OSA.Khir Toyo dan seumpamanya mesti dibawa ke pengadilan.Bila Pakatan Rakyat pada awal tidak mahu kecohkan hal ini dengan bersangka baik agar beliau senyap dan muhasabah diri.Tetapi sebaliknya Khir Toyo berlagak orang bersih terus menyerang pentadbiran Selangor dengan pengaduan dan laporan merapu beliau.Kita perlu serang habis-habisan.
Fail OSA Dedah Penyelewengan Projek Perhutanan Dr Khir Toyo
Projek pemulihan hutan yang diwar-warkan bekas Menteri Besar Dr Khir Toyo boleh membawa keuntungan RM800 juta kepada negeri Selangor dalam masa 20 tahun sebenarnya hanya mampu menjana tidak lebih dari RM500 ribu sahaja.
Projek usahasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor dan syarikat swasta ini dibuat dengan hasrat untuk mengimbangi pembangunan fizikal dan alam sekitar, namun bukan sahaja projek ini tidak menguntungkan kerajaan negeri, sebaliknya ia menjadi lapahan syarikat-syarikat kroni Umno-BN.
Kejadian ini didedahkan fail Akta Rahsia Rasmi yang dibuka Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini. Bercakap kepada media selepas sidang Dewan Undangan Negeri, Khalid berkata butiran perjanjian yang di dalangi Dr Khir Toyo ini hanya menguntungkan syarikat-syarikat swasta semata-mata.
“Lebih daripada 5,000 hektar hutan telah dibuka antaranya Bukit Tarek, Rantau Panjang, Hutam Simpan Jeloh dan Bukit Belata. Syarikat-syarikat swasta telah diberi hutan-hutan ini," kata Khalid.
"Mengikut kenyataan kerajaan sebelum ini, dia dah janji nak bagi hutan kepada syarikat-syarikat terbabit. Pada tahun 2001, Khir bin Toyo berkata PKPS dijangka mengaut keuntungan RM800 juta dari hasil kayu-balak, hasil pajakan tanah dan royalti," tegas Khalid.
Dokumen sulit ini mendedahkan empat projek ini dimeterai antara 2001 hingga 2007, membabitkan tanah seluas 11,000 hektar. Kawasan tanah hutan simpan ini dibahagi-bahagikan dan dipajakkan selama 50 hingga 60 tahun kepada 11 syarikat swasta untuk projek penanaman semula hutan dengan kayu-kayan komersil seperti Jati, Sentang dan Getah.
Khalid berkata dokumen-dokumen ini menunjukkan corak bagaimana projek usahasama diagihkan kepada sekelompok kecil manusia, yang melalui syarikat yang berbeza, turut merebut projek-projek lain.
Bahkan sebahagian dari projek-projek sebegini rupa disalurkan kepada syarikat yang tidak aktif, yang dari pengamatan tokoh korporat ini, tidak mempunyai kepakaran untuk menjalankan projek perhutanan semula.
Pemimpin Umno yang disebut sebagai pengarah di syarikat-syarikat terbabit ketika perjanjian dimeterai adalah bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sanusi Junid dan Adun Sementa Datuk Abdul Rahman Palil.
“Khir Toyo nak gantikan hutan ni dengan pokok getah tetapi setengah syarikat terbabit pula tak pernah tahu tanam pokok getah kerana mereka tidak berkemampuan untuk menanam getah. Apa yang syarikat Guthrie boleh peroleh pada harga dua ringgit, tetapi di tangan syarikat-syarikat ini, benih getah yang mereka peroleh mencecah RM25 ringgit," ujar Khalid.
Khalid berkata ketelusan melindungi wang pembayar cukai dan berharap pendedahan ini dapat mendidik rakyat betapa pentingnya Akta Kebebasan Maklumat supaya semua pemimpin politik lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment