Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, November 12, 2009

NASIHAT RINGKAS BLOG PEMUDA UNTUK KICKDEFELLA !

Teman memang puji kata-kata nasihat yang sangat teliti,lembut dan tapi tegas dari blog Pemuda PAS Kemehe ini.Walaupun pemuda tapi cara menonjolkan fokus dan pengunaan perkataan dan susun ayat amat baik dijadikan contoh blogger yang lain.Cuma pendapat teman saja.Wallahualam.
Kami hormat anda dan hasil kerja anda. Kami juga kagum usaha anda membantu menambahbaik imej dan wajah PAS Kelantan. Tetapi tolong jangan hilangkan kepercayaan dan sangka baik kami terhadap anda dengan menyiarkan artikel-artikel yang dilihat cuba membela diri sendiri.

Buat masa ini kami tidak ke kiri dan tidak juga ke kanan. Kami terpaksa jadi DAP (Dok Atas Pagar). Tetapi kebiasaannya, apabila Tok Guru bertindak sudah tentu tindakan itu bertunjangkan semangat untuk mengubati dan merawat bahagian-bahagian ‘yang sakit dan berkudis’.

Kami doakan kejayaan anda diluar sana, dan kami harap anda terus bersama Jemaah dan jangan sesekali mengkhianati jemaah dan harapan rakyat. Berbanding kami, anda dilihat umpama bintang. Jasa anda kepada negeri tercinta ini jauh lebih melebar dari kami yang kerdil ini. Best of luck.

No comments: