SHAH ALAM: Laporan siasatan kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa yang mengorbankan lima nyawa pada 6 Disember lepas akan didedahkan kepada umum mulai Isnin ini, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau, yang mengubah status klasifikasi dokumen itu dengan menggunakan haknya sebagai Menteri Besar mengikut Seksyen 2c, Akta Rahsia Rasmi, berkata orang ramai boleh memperoleh kandungan laporan berkenaan daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), dengan kos yang agak berpatutan.
Katanya, laporan rasmi itu, yang disediakan Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya, dikemukakan kepada MPAJ dan seterusnya dihantar kepada kerajaan negeri.
"Kita juga akan memberi ringkasan laporan siasatan itu secara percuma kepada umum yang ingin mengetahui punca sebenar tragedi tanah runtuh itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan negeri di sini hari ini.
Beliau berkata kebocoran paip air dari saluran paip yang aktif di sepanjang jajaran rumah terbengkalai dikenalpasti punca utama tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, yang turut memusnahkan 14 rumah banglo.
"Jawatankuasa Teknikal Kajian Tanah Runtuh mendapati keadaan itu menyebabkan kandungan air dalam tanah di kawasan kegagalan cerun meningkat dan menyumbang kepada kejadian tanah runtuh di situ," katanya.
Khalid, bagaimanapun berkata laporan itu tidak menyatakan pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi berkenaan. BERNAMA
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment