
Jika anda termasuk orang yang merasa berat untuk bangun solat Subuh, maka buku ini akan membangkitkan anda. Tidak pernah menghadiri solat subuh berjamaah merupakan sikap tasyabbuh (menyerupai) perilaku kaum munafik pada zaman Nabi. Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud "Barangsiapa yang menyerupai satu kaum, maka ia termasuk golongan kaum tersebut" (HR Muslim). Cuba anda renungkan 'Munafikkah anda' atau dalam hati anda telah bersemi benih-benih kemunafikan.
Jika anda berkata 'tidak' atau bukan, maka buktikan bahawa anda bukan seorang munafik. Dan satu-satunya cara untuk membuktikan adalah tanamkan azam dalam diri anda mulai esok anda akan buangkan rasa mengantuk yang menjerat dan rasa malas yang membelenggu diri anda dan berbarislah bersama jemaah dalam menunaikan solat Subuh.
Buku ini membantu anda dalam memperbaiki diri anda, dengan tips-tips yang mudah difahami akan merubah diri anda menjadi antara insan-insan yang berada di baris jemaah Subuh.
nota : Buku ini boleh diperolehi dari Hub Buku Islam
2 comments:
kat mana nak beli buku ni?
http://bookkeeper-uwise.blogspot.com/
1- Pembayaran hanya akan dibuat setelah pembeli menerima barang pesanan daripada U Wise Enterprise.
2- Pembeli akan membuat pembayaran dengan memasukkan jumlah yang tercatat pada invois ke dalam akaun di bank CIMB Islamic (1241-0000017-10-9) atas nama U Wise Enterprise. Telefon / SMS 013-638 6800 untuk memaklumkan proses tersebut selesai.
3- Fax atau emelkan Slip Kemasukan (bank in slip) tersebut kepada BookKeeper sebagai bukti pembayaran (optional).
4- RM5.00 dicaj bagi penghantaran secara 'by hand' untuk pembelian RM50.00 dan ke atas (Kuala Lumpur sahaja).
Post a Comment