Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Wednesday, November 18, 2009
MERUDUM KPI BUKAN PASAL DAUN KETUM TAPI 2 DAS BERDENTUM
Ramai mesti kata komen memang mudah ,ingat kerja polis senang ke?
Teman berpendapat di manakah ilmu pertahanan diri yang diajar pada polis.Biasa polis ada dilatih seni mempertahan dir seperti taekwando lah,silat lah, Kung Fu dan banyak lagi.Sepatutnya ilmu itu digunakan dulu semasa menghadapi penjenayah atau bakal penjenaya yang tidak menggunakan senjata api.Kalau guna pisau kita guna tangan kosong atau guna kayu.Itupu nak teman ajarke?
yang pelik dalam kes ini, simati ditembak dengan tangan bergari, ni amok ke?
Keluarga kepada pemuda yang ditembak mati oleh polis di Guar Sanji sini kelmarin, Mohamad Tawfiq Noorzan, 22, semalam melantik seorang peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap polis yang didakwa sengaja menembak pemuda itu bagi memudahkan kerjanya menutup kes.
Bapanya, Noorzan Abdul Rahim, 47, memberitahu, tindakan itu diambil setelah mendapati polis cuai sehingga menyebabkan anaknya maut akibat tembakan di dada.
"Saya melantik peguam dalam kes ini selepas mendapati polis sengaja menembak Mohamad Tawfiq. Adalah tidak logik seperti yang didakwa kononnya tembakan yang dihalakan ke kaki kemudian peluru terkena dada.
"Apa yang saya dapati polis ternyata cuai. Contohnya, mudah sahaja. Polis mendakwa Mohamad Tawfiq telah ke Balai Polis Arau pagi semalam mengadu dianiayai rakan- rakan dan mahu membalas dendam termasuk untuk membunuh.
"Jika benar begitu, sepatutnya Mohamad Tawfiq terus ditahan di balai berkenaan. Ini tidak, polis datang ke rumah meminta saya memujuk. Polis mendakwa mereka tidak berani memujuk 'botak' (panggilan buat Mohamad Tawfiq)," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri peguam berkenaan, Zuhair Ahmad Zakuan di rumahnya di sini malam ini.
Dalam kejadian awal pagi kelmarin, Mohamad Tawfiq mati selepas ditembak oleh anggota polis yang cuba memujuknya kerana mahu menyerang rakannya.
Dia dikatakan mengamuk selepas ditinggalkan rakan-rakan, dan terpaksa berjalan kaki sejauh lebih 60 kilometer dari Alor Setar, Kedah untuk pulang ke rumahnya di Guar Sanji.
Noorzan memberitahu, dia telah membuat laporan berhubung dakwaan kecuaian pihak polis itu di Balai Polis Kangar hari ini.
Menceritakan kejadian itu, katanya, selepas mendengar dua das tembakan berturut-turut pagi semalam, dia segera ke tempat kejadian dan mendapati anaknya tertiarap dengan kedua-dua tangannya bergari di belakang.
Dia juga mengakui anaknya itu terpaksa berjalan kaki selepas ditinggalkan rakannya di Alor Setar, untuk pulang ke rumah.
"Dia (Mohamad Tawfiq) terpaksa berjalan kaki untuk balik ke sini. Dia ada duit tetapi tiada pengangkutan awam selepas pukul 12 tengah malam," ujarnya sambil memberitahu anaknya itu tiba di rumah kira-kira pukul 6 pagi.
Ibu kepada Mohamad Tawfiq, Salmiah Ismail, 45, pula memberitahu, anaknya itu kebelakangan ini memberitahu untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya dan tiada bantahan daripada keluarga.
"Seminggu lepas dia menyatakan mahu berkahwin dengan janda dua anak. Apabila ditanya kenapa memilih janda, anak saya menyatakan itu adalah pilihan hatinya. Kami tiada masalah," ujarnya yang sedih dengan kematian itu. -Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamualaikum
Perkataan cuai adalah kelakuan yang boleh diperbaiki dan dimaafkan tetapi perkataan sengaja kalau dibawa kemahkamah,maka hakim saja boleh tentukan apa makna sebenarnya dan apakah hukuman yang sesuai untuknya.Allah suruh manusia takut kepadanya bukan kepada mahkluq dan hantu jembalang.
Al Fatihah... semoga dicucuri rahmat dan di ampuni dosa2nyer yg lalu. Amin. Allah swt pasti akan menunjukkan kebenaran kes ini. Insyaallah.
Post a Comment