Dimana Masjid Sri Hartamas? tanya Woo Choo Keong pada Raja Nong Cik
Di persidangan dewan rakyat semalam berlaku beberapa kekecuhan, antara nya termasuklah pekara yang di bangkitkan oleh Woo Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) yang mendesak menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dapat menerangkan secara jelas bagaimana sebidang tanah yang di jadualkan untuk membina masjid boleh bertukar menjadi projek kondominium dan pusat belibelah.
Tanah yang di peruntukan untuk membina sebuah masjid itu di kawasan Sri Hartamas. Tanah yang di gazetkan itu didalam plan draft bandaraya Kuala Lumpur 2020. Ahli parlimen Wangsa Maju itu berkata “kami menyokong pembinaan masjid itu, tetapi kami tak dapat menerima bagaimana projek pembinaan masjid boleh bertukar menjadi projek pangsapuri”.
Datu Raja Nong Cik selaku menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar pula menjelaskan yang tanah itu adalah milik Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Yang mana berkata “projek pembinaan masjid itu pihak JAWI (Jabatan Majlis Agama W.Persekutuan) telah membuat keputusan untuk membina nya di tempat lain. Raja Nong tidak menyatakan dengan jelas dan dimana masjid itu akan di bina, Woo Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) tidak puas hati dan bangkit semula.
Kata Woo Choo Keong lagi “Yang Berhormat Menteri, sekarang masjid itu di bina dimana? Saya tak Nampak pun masjid baru di Sri Hartamas ini?” Raja Nong Cik agak ‘kaget’ hanya berkata ringkas “pekara yang membabitkan agama lebih tepat dijawab oleh menteri Agama sendiriyang lebih arif”, ia itu menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Bahrom.
Dewan gamat beberapa minit, se orang yang bukan Islam pula mempertikaikan kewujudan masjid yang tak wujud dan dibahaskan bersama wakil kerajaan.
- Bernama
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment