Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, November 10, 2009

MAT BULAN KATA BERI TUNJUK AJAR BUKAN MEMPERTIKAI

Komen Mat Bulan dari Tawau yang sepatutnya dapat menyentuh hati-hati blogger yang mahu kebaikan dan keikhlasan dalam penulisan blog.
Namun sejak akhir-akhir ini ada juga suara-suara dari dalam yang mempertikaikan kehadiran blog-blog milik pribadi ini.Kononnya para pengendali blog pribadi ini tidak menyumbang kepada perkembangan atau perluasan pengaruh kepada sebuah organisasi.Pentingkan diri dan hanya rajin 'mengupdate' blog pribadi tetapi berkira dan agak kedekut dalam menyumbangkan maklumat untuk memurnikan lagi blog persatuan atau jemaah adalah antara tuduhan yang dilemparkan!Malah blog-blog kami tidak diikhtiraf sebagai blog organisasi!
Isu ini hampir membunuh semangat untuk terus menulis dalam blog! Ialah,sepatutnya suara-suara itu hendaklah memberi galakan dan semangat bukannya melontarkan tuduhan-tuduhan yang tidak wajar!Di saat pihak musuh terus melahirkan ratusan penulis blog setiap hari kerana mereka percaya blog memainkan peranan yang amat penting sekarang ini,tapi kita pula berusaha untuk mmenyekat dan meminimakan kelahiran penulis-penulis di alam maya ini.Peh!! sungguh tak faham..
Pada aku,perkara ini tidak sepatutnya berlaku.Ramai sekali pimpinan sesebuah organisasi atau pertubuhan yang mempunyai blog sendiri.Apakah mereka juga boleh dipertikaikan kerana mereka juga selalu mengeluarkan kenyataan atau memberikan maklumat melalui laman-laman blog pribadi mereka? Adakah mereka juga boleh dianggap sebagai mementingkan blog sendiri? Pada aku ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum sesuatu pertuduhan dilemparkan,antaranya :

a) Lihatlah dulu dari segi berita ataupun benda yang disampaikan samada ianya menguntungkan sesebuah organisasi itu ataupun ianya hanya menceritakan perihal kehidupan seharian penulis tersebut.

b) Sudah semestinya setiap organisasi itu telah melantik individu untuk dipertanggung jawabkan mengendali dan menjaga posisi-posisi tertentu termasuklah pengendalian sesebuah laman blog. Maka berilah kepercayaan mereka untuk melakukan kerja tersebut dengan baik tanpa terlalu memberikan tekanan

Butiran & tulisan lanjut Mat Bulan boleh layari sendiri alamat di bawah ..
http://matbulan.blogspot.com/2009/11/tolong-beri-tunjuk-ajar-bukannya.html

No comments: