Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, November 18, 2009

KSN UMUMKAN PORTAL SELANGOR DAPAT 5 BINTANG ATASI NEGERI-NEGERI LAIN

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Negeri Selangor kerana Portal Pejabat Kerajaan Negeri Selangot telah berjaya mendapat pengiktirafan 5 bintang oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC).

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan semalam dan seharusnya menjadi benchmark bagi negeri-negeri Pakatan Rakyat lainnya. Pakatan bangga kerana dari 4 buah negeri yang ditadbir sekarang, Selangor terlebih dahulu mendapat pengiktirafan ini, tapi malang buat negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional kerana tiada satu pun yang tersenarai.
PAS berharap agar semua negeri mengambil inisiatif serius bagi membangunkan dan menyelenggara portal rasmi Kerajaan masing-masing dan menjadikannya medan interaksi maya yang lebih efektif di masa hadapan.
PAS juga menyeru kepada semua organisasi didalam parti supaya menjadikan medium internet sebagai ruang alternatif secara maksimum untuk menyebarkan pakej dakwah, maklumat politik yang berguna, dan isu-isu semasa rakyat di kawasan masing-masing.

Selain laman web dan portal, blog dan facebook juga perlu dimanfaat. Sehubungan dengan itu Konvesyen Blogger PAS akan diadakan pada 20 Disember 2009 di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar bagi memberikan ransangan kepada setiap organisasi parti untuk mencontohi kesungguhkan gerak kerja siber Kerajaan Pakatan Selangor.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

No comments: