Shah Firdaus beri komen tulisan Saudara Nobisha,
Post ini agak baik sekali diketengahkan.Tetapi mengapa saudara menghilangkan kenyataan yang paling penting bahawa:-
'kedudukan Malaysia pada tahun ini menurun secara mendadak daripada kedudukan 47 pada tahun lepas kepada kedudukan ke 56.'
Ini merupakan pencapaian terburuk sejak indeks tersebut diperkenalkan.Di manakah KPI yang dilaungkan oleh PM?...Siapakah yang wajar dipertanggungjawabkan?..Adakah wajar Ketua Pengarah SPRM meletak jawatan?..
Saya berpendapat beliau harus bertanggungjawab dan memberi laluan kepada orang lain supaya persepsi buruk yang sering dilontarkan kepada SPRM harus diperbetulkan...
Sejarah menunjukkan bahawa banyak kes yang berprofil tinggi sebelum ini gagal mendapat sebarang hasil.Ini terbukti apabila VVIP yang dihadapkan ke mahkamah seperti bekas Menteri Tan Sri Kasitah Gadam,Tan Sri Eric Chia,bekas pengarah Tourism Malaysia,.dll..kesemuanya dibebaskan oleh Mahkamah...
Bagaimana pula dengan kes PKFZ yang sehingga hari ini tiada siapa yang dihadapkan ke mahkamah sedangkan bukti yang sudah cukup kuat dikemukakan oleh pelbagai pihak penyiasat (PAC,PWC).....
Sudah menjadi satu amalan biasa di negara ini bahawa memberi rasuah atau nama lain(dorongan,insentif,galakan,dll),dibuat secara meluas membabitkan pelbagai pihak..Poll yang saudara ketengahkan di atas membuktikan bahawa 90% mengenali secari peribadi individu2 yang memberi rasuah...
Ini perlu diperbetulkan supaya amalan ini diperangi secara habis-habisan..Malah adalah lebih wajar pendekatan Islam juga harus diambilkira di mana pemberi dan penerima rasuah akan menerima hukuman (bukan seperti undang-undang di negara ini terutamanya melibatkan Akta SPRM)...
Nobisha Jawab kepada Tuan Shah Firdaus,
Saudara boleh menambah maklumat yang pada pendapat saudara telah "dihilangkan". Saya mengalu-alukannya.
Mengenai kes-kes yang saudara sebutkan, saya fikir saudara telah membuat hukuman awal. Ia adalah proses mahkamah dan keputusan mahkamah itu mungkin sama atau tidak dengan hukuman yang telah saudara jatuhkan terdahulu.
Tuan Shah Firdaus jawab Saudara Nobisha.
Terima kasih di atas maklum balas saudara terhadap ulasan saya.Berhubung dengan kes2 sy sebutkan,saya tidak membuat sebarang hukuman awal.Ini kerana sebahagian besar masyarakat mempunyai PERSEPSI sedemikian.Ini kerana sebarang kes sudah tentu SPRM akan merujuk terlebih dahulu kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk menentukan samada sudah ada bukti yang mencukupi untuk mendakwa individu2 tertentu..
Persoalannya di manakah silapnya.,,adakah bukti tidak mencukupi?adakah 'campurtangan' dari pihak atasan terhadap hakim?adakah ianya merupakan satu 'wayang' untuk dipertontonkan kepada orang ramai sbg satu 'PR'?..ini semua PERSEPSI bermain di fikiran orang ramai?
Saya juga tertarik dengan beberapa akhbar pada hari ini yang mempersoalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa hanya di Malaysia sahaja SAKSI tidak dibenarkan disoalsiasat di luar waktu kerja.Adakah saudara setuju dengan perkara tersebut?Satu POLL harus dibuat..
Saya berpendapat keputusan Mahkamah tersebut adalah betul. Ini kerana adalah tidak wajar bagi seorang SAKSI yang dipanggil sekadar untuk membantu siasatan diTAHAN di luar waktu kerja.Beliau bukan merupakan seorang SUSPEK.Ada perbezaan di situ..
Sekiranya soal siasat di buat di luar waktu kerja...adakah individu terutamanya VVIP,VIP orang2 kenamaan malah individu biasa yang dipanggil bersedia di tahan sehingga ketengah malam dan keesokkan paginya..
Ini sudah tentu akan menganggu urusan harian dan peribadi masing2.Adakah wajar layanan diberikan terhadap seorang SAKSI yang sekadar membantu pihak SPRM untuk menjalankan siasatan...
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
1 comment:
g lyn keling tu watpe, jd bodo je, nobisha keling tu jlas2 pencacai umno
Post a Comment