Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, November 16, 2009

JANGAN JADIKAN BLOG ANDA ,BERBAYAR ATAU TIDAK SEBARKAN TULISAN KICKDEFFELA

Ini bukan masalah telus atau tidak ,tetapi orang yang mudah bersengkokol dengan UMNO untuk menyerang Tok Guru dan PAS seterusnya Pakatan rakyat harus ditapis.Sebaiknya bila dapat info atau tulisan kicdefella atau nama sebenar Syed Azidi maka kita harus rujuk pada pimpinan PAS atau Tok Guru sendiri pendapat dan pengakuan beliau supaya laporan atau berita dari orang yang bermasalah ini tidak memecahkan jemaah PAS dan seterusnya Pakatan Rakyat.
Cuba bayangkan ADUN Pelabuhan Klang (bekas PKR) seperti Badrul hisham nak beri statement yang berbentuk fitnah dan tujuan memecahbelahkan Pakatan Rakyat ,adakah kita mahu sebarkan atau panjangkan melalui blog kita?
Bodohlah kita juka sebarkan sesuatu yang bukan menjelaskan sesuatau isu dengan betul malah merugikan jemaah kita sendiri.Begitu juga dengan Kickdefella yang dibuang kerja kerana disipli kerja dan beberapa kelakuan yang membahayakan pentadbiran Pakatan Rakyat.
Teman masih ingat dalam Islam kita ada rahsia yang perlu disimpan seperti jika dah berkahwin ,bilik suami isteri adalah rahsia dan dilarang orang lain memasuki tanpa sebab.Adakah tidak mempamirkan dalam bilik kita atau merahsiakan kandungan bilik dan apa yang berlaku didalamnya dikira tidak telus?
Maka berhati-hati dalam semangat memblog atau menulis dalam blog dan memforwardkan kepada orang lain.

No comments: