Selayang pandang Mesyuarat KHAS yang wajar diwar-warkan sehingga akar umbi PAS dan ahli Pakatan Rakyat.
TGNA PUAS HATI KEPUTUSAN MESYUARAT KHASS
Tuan Guru Mursyidul Am PAS puas hati dengan perjalanan mesyuarat dan keputusan yang dibuat oleh AJK PAS Pusat dalam mesyuarat khas tempohari.Beliau menjawab soalan wartawan dalam satu majlis di Bachok pagi itu. Beliau menyatakan juga walaupun cadangan beliau supaya diadakan EGM, namun beliau tetap berpuas hati dengan Seminar Khas yang akan diadakan 7 November ini sebagai ganti EGM, beliau juga menyarankan dalam mesyuarat supaya Prof. Dr Abdul Aziz Bari turut dijemput membentangkan kertas kerja dalam seminar tersebut.
Beliau menjelaskan ringkas, dalam mesyuarat tersebut semua pihak berlapang dada dengan menerima teguran, beliau juga menerima teguran, Dr. Hasan Ali juga diberi teguran, semua pimpinan lain juga menerima teguran.
Dengan jawapan ini, semua tohmahan yang mengatakan Tok Guru tidak puas hati dengan mesyuarat adalah tidak benar.
Berita ini perlu disebarkan agar semua pembaca blog dapat mengetahuinya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment