Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, November 5, 2009

DULU NAFIKAN SEKARANG AKUI !

Teman rasa sedih bila orang UMNO/BN dalam kabinetnya sebelum ini tidak pernah menyokong tuntutan wang royalti minyak Kerajaan Kelantan.Boleh dikatakan orang Kelantan yang jadi orang kuat dalam kabinet BN beria-ia menafikan Kelantan layak dapat wang royalti dari Petronas termasuklan Awang Adik, Wan Mustapha ,Sabree Chik dan ramai lagi.Bila dah dapat ,punya muka tak malu mereka mengaku wang royalti yang ditukarnama sebagai wang ehsan adalah hasil perjuangan mereka.




Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersyukur dengan pemberian wang ihsan oleh Kerajaan Pusat namun masih terkilan kerana permintaan Kerajaan Negeri bagi pembayaran royalti minyak masih tidak dipenuhi.

Katanya, sehubungan itu beliau akan menunaikan nazarnya untuk berpuasa tiga hari kerana peruntukan wang ihsan itu akan memberikan kebaikan kepada rakyat Kelantan.

“Tapi hati kecil saya tidak puas hati dengan nama wang ihsan. Yang kita mahukan ialah wang royalti,” katanya.

Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini telah mengemukakan surat rasmi kepada pusat bagi menuntut bayaran royalti minyak berjumlah RM1 bilion sejak 2004 berdasarkan laporan Jabatan Statistik.
:Nik Abdul Aziz kesal dengan kenyataan Perdana Menteri iaitu Kelantan tidak berhak mendapat royalti minyak kerana operasi cari gali minyak dilakukan di kawasan pada jarak lebih tiga batu nautika.
:Sementara itu, bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata, Kerajaan Negeri Kelantan wajar berterima kasih kepada kerajaan pusat kerana wang ihsan itu dapat digunakan untuk manfaat rakyat seperti membangunkan pendidikan dan membasmi kemiskinan.
“Saya antara yang sangat gembira dengan pengumuman ini kerana ini adalah perjuangan yang diperjuangkan sekian lama UMNO Kelantan sebelum ini bagi Kelantan turut menerima wang ihsan,” katanya.

Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kel:antan (Kafa) berharap melalui pemberian wang ihsan itu, Kerajaan Negeri dapat menaik taraf Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di sini yang agak uzur.- Bernama

No comments: