Siapa termakan alasan Kurup ni memang jahil betul.Kita perlu tahu balak tu kecil ke? nipis ke? boleh sorok bawah ketiak?boleh sorok dalam bonet kereta ?atau boleh hantar balak melalui emel atau internet?
Kalau ada tonto polis Sabah berapa orang ? Berapa banyak sangat jalan pintas pencuri balak boleh buat.Siapa patut cekap berkenaan hutan pegawai perhutanan atau pencuri balak?
Kenapa tidak guna kemudahan GPS?
Kegiatan pembalakan haram di negara ini didapati didalangi oleh rangkaian sindiket yang menggunakan komunikasi canggih serta pengunaan khidmat tonto.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Joseph Kurup berkata, hasil risikan dan siasatan Jabatan Perhutanan mendapati modus operandi atau strategi sebahagian besar pembalak haram telah menjurus ke arah itu.
"Modus operandi mereka menunjukkan perancangan yang tersusun, berani dan bersubahat dengan orang luar (iaitu menggunakan khidmat tonto), komunikasi canggih dan taktik mengalihkan perhatian,” katanya ketika menjawab soalan Che Uda Che Nik (Pas-Sik) di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Kurup berkata, Jabatan Perhutanan akan terus memantapkan keberkesanan aktiviti penguatkuasaan hutan untuk memecahkan rangkaian sindiket haram tersebut bagi memastikan kegiatan pembalakan haram dapat dibanteras.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment