Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, November 25, 2009

CABAU KATA TANDAS DI MELAKA HARGA TERLAMPAU

JASIN 25 NOV - Ahli Dewan Undangan Negeri Kesidang En Goh Leong San dalam ceramahnya di Dataran Hamas malam tadi telah mendedahkan penyelewengan wang rakyat oleh kerajaan Melaka di beberapa tempat di Melaka. Dalam ceramahnya beliau membidas kerajaan Melaka yang diketuai oleh Ali Rostam yang telah mebazirkan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya.
Beliau mendedahkan tentang pembinaan beberapa buah tandas di Melaka jika dilihat sangat membazir seperti pembinaan tandas di dataran sejarah yang menelan belanja RM23,000,tandas orang kurang upaya di Alor Gajah berharga RM69,000 serta tandas di pasar Alor Gajah bernilai RM 117,000 . Bayangkan berapakah harga sebenar tandas tersebut jika dibuat dengan harga yang betul dan menasabah. Lepas ni kita pakat-pakat berak dekat tandas mahal tersebut.
YB Goh juga mendedahkan bagaimana kawasan rekriasi Bukit Langsat(Kawasan Perkampungan Orang Asli Selandar) dibina dengan harga RM1.6 juta tapi tidak ada apa yang boleh dibanggakan dan tidak sepadan dengan harga pembinaannya.Anda boleh lihat sendiri kawasan tersebut yang tidak ada apa-apa ! Begitulah keadaannya bagaomana kerajaan UMNO/BN memerintah.Sebab mereka ingat duit yang mereka gunakan itu bukan duit mereka ataupun duit emak bapak mereka,maka sewenang-wenangnya mereka menggunakannya. Yang untung ialah kontrektor di kalangan orang mereka.
Ali Rostam pula dalam dewan sehingga tiga kali menyebut kata hendak berkahwin dengan perempuan Cina. Tak apalah sebab boleh buat jambatan antara Melaka ke Sumatra ,cadang pulak nak pinjam duit daripada negara Cina. Apalah malang nasib rakyat Melaka ! Jadi sebagai rakyat Melaka marilah kita sama-sama tamatkan perlakuan membazir dan kerja merompak duit rakyat ini dengan meninggalkan UMNO dan tidak mengundi lagi BN dlam pilihanraya yang akan datang.

No comments: