
Akaun Kerajaan Negeri Defisit, Hutang Meningkat kepada RM997.60 juta
KUALA TERENGGANU – Walaupun mendapat sumbangan Dana Khas sebanyak RM2.613 bilion dari kerajaan Pusat bagi tahun 2007 dan 2008, kedudukan akaun hasil disatukan kerajaan negeri masih defisit (kurangan).
Pada tahun 2007, jumlah perbelanjaan mengurus adalah RM1,546.52 juta berbanding hasil yang diperolehi sebanyak RM1,262.13 (defisit RM284.39 juta).
Manakala pada tahun lalu, perbelanjaan mengurus sebanyak RM1,790.10 melampaui hasil sebanyak RM146.54 juta (defisit) dengan penerimaan hasil adalah sebanyak RM1,643.56 juta.
Oleh kerana mengalami defisit dua tahun berturut-turut, kerajaan negeri Terengganu telah mendapat teguran dari Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin Buang.
”Ini bermakna Kerajaan Negeri masih menggunakan sumber daripada Akaun Amanah Disatukan bagi menampung defisit tersebut,”katanya sebagaimana dicatatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Terengganu Tahun 2008
1 comment:
Salam
Pengurusan yang buruk atau berlaku ketirisan yang teruk?
Post a Comment