Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, November 24, 2009

BILA SIRIH PULANG KE GANGGANG

Pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah telah bersetuju untuk mengetuai kaukus yang ditubuhkan oleh Pakatan Rakyat (PR)untuk meneliti isu pertikaian royalti hasil minyak untuk Kelantan.
Memamg kena Tengku Razaleigh jadi ketua isu pertikaian minyak di Kelantan almaklumlah beliau berpengalaman menjadi menteri kewangan dan terlibat terus dalam perjanjian menentukan deraf bayaran royalti minyak di Malaysia.
Tambahan pula beliau memang pejuang anak jati tulen Kelanatan di mana beliau walaupun Ahli Parlimen BN , beliau sentiasa bersetuju jika cadangan itu baik untuk rakyat Kelantan walaupun cadangan dari Pakatan Rakyat.
Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mengumumkan bahawa Razaleigh menerima jemputan mereka pagi ini. Razaleigh merupakan Ahli Parlimen BN bagi Gua Musang, Kelantan.
Pada 18 November lalu pemimpin-pemimpin PR mengadakan pertemuan dengan Razaleigh bagi meminta beliau mempengerusikan satu kaukus mengenai pertikaian wang royalti minyak membabitkan kerajaan persekutuan dan Kelantan.
Minggu lalu, Razaleigh yang juga bekas Naib Presiden Umno berkata, beliau akan mempertimbangkan permintaan memandangkan pernah terlibat dalam “urusan minyak” sejak penubuhan Petronas dan penggubalan undang-undang yang berkaitan.
Sehubungan itu katanya, beliau akan memainkan peranan bagi menyelesaikan isu itu “jika ia benar-benar adalah satu masalah.”
Razaleigh telah terlibat secara langsung dalam menggubal Akta Pembangunan Petroleum 1974 bersama Tun Salleh Abas.
Minggu lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS tiada hak untuk menuntut bayaran royalti hasil petroleum.
Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan, Nazri menjelaskan, bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein tidak secara khusus menggunakan istilah “royalti” semasa membahaskan Rang Undang-undang Pembangunan Petroleum 1974, yang membuka laluan kepada penubuhan Petronas dan perjanjian perkongsian lima peratus hasil dengan negeri-negeri mengeluarkan minyak.
Awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan pemberian wang ihsan petroleum daripada kerajaan persekutuan.
mimpin-pemimpin Pakatan khususnya PAS bagaimanapun masih mempertahankan hak Kelantan untuk mendapatkan royalti daripada hasil petroleum, bukannya wang ihsan.
Terengganu juga pernah diberikan wang ihsan selepas ia ditawan PAS pada pilihan raya umum 1999.

No comments: