Kelmarin ketika bercakap di Hotel Nikko, Dr Mahathir berkata pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor hanya akan menyebabkan negeri itu muflis kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak mahir dalam bidang ekonomi.
“Suatu ketika dahulu dia (Anwar) mahu menggunakan polisi daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Saya yakin dia (Anwar) tidak tahu apa-apa tentang ekonomi, dia seorang pemidato yang bagus tapi bukan dalam bidang ekonomi. Jika kamu mahu lihat negeri Selangor muflis, dia (Anwar) seorang penasihat yang bagus untuk itu,” katanya.
Kenapa teman kata nyanyuk si tua ex PM ini ialah Dato Seri Anwar dilantik sebagai Menteri Kewangan oleh Dr Mahathir sendiri.
Kalau DS Anwar tidak bagus dalam mentadbir ekonomi kenapa Tun Mahathir biarkan DSAI menjadi Menteri Kewangan selama 7 tahun? Kira Tun Mahathir puas hatilah maka DSAI dibiar berkhidmat sebagai Menter Kewangan sehingga DSAI tidak mahu mengikut telunjuk TUN M agar meluluskan bajet untuk tolong anaknya yang nazak dalam perniagaan.
Tun dalam temuramah tidak berani menjelaskan kenapa DSAI yang tidak arif ekonomi itu
kini masih memegang jawatan sebagai pengarah beberapa syarikat kewangan di Amerika, penasihat kewangan perbankan terbesar Islamdi di Bahrain dan penasihat kewangan di beberapa buah negara di Eropah. Kalau DSAI tak bagus dalam ekonomi kenapa beliu (DSAI) agaknya yang menarik perhatian negara-negara di Amerika dan Eropah serta Timur Tengah yang pendapatan perkapitanya berganda lebih tinggi dari Malaysia melantik beliau sebagai penasihat ekonomi mereka?
Tentang IMF, belum pasti kesannya pada Malaysia. DSAI tidak sempat menguatkuasanya kerana Tun Mahathir menyekatnya .Jika tidak , mungkin Dato Seri Anwar(DSAI) menggunakan polisi IMF bagi memulihkan ekonomi Malaysia ketika di zaman kegawatan dahulu. Kalaulah Malaysia menggunakan polisi pemulihan IMF pada masa itu mungkin kita akan cepat pulih seangkatan dengan Korea Selatan dan Thailand yang lebih dahulu pulih dari kegawatan ekonomi berbanding Malaysia kerana mereka mengguna pakai polisi IMF.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalamualaikum
Oleh itu dinasihatkan akan datang kerajaan pusat atau persekutuan supaya menutup saja fail kerajaan negeri Selangor mengenai tuntutan dan yang berkaitan.Kerana pakar ekonomi Planet Marikh telah meramalkan negeri Selangor bakal menjadi negeri muflis.
Post a Comment