Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, November 19, 2009

BAHANA & BALA SABAH BILA KEKALKAN BN

Komen : Tu la, kalau ikut pelan DSAI dulu kamu rakyat Sabah tidak akan dipermainkan oleh BN seperti ini.Betapa bangangnya PM Malaysia mengarahkan Sabah menerima projek logi janakuasa menggunakan arangbatu.Logikke bila banyak negara dan meninggalkan teknologi arang batu disebabkan perlombongan yang membahayakan nyawa manusia dan kesan asap pembakarannya akan merosakkan alam sekitar dan udara yang disedut manusia.
Enath -entah ada persorangan yang nak buat projek bekalkan arangbatu? Betulkah?

SAYA, Melanie Chia Chui Ket, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah Kawasan N16 Luyang, ingin mohon merujuk Peraturan Tetap 23 (1) untuk membincangkan perkara bersabit dengan ‘MEMBATALKAN RANCANGAN MEMBINA LOJI JANAKUASA ARANG BATU DI SABAH’

Isu ini penting kerana pembinaan loji janakuasa arang batu di Kg. Sinakut, FELDA Sahabat, dekat Lahad Datu, seperti yang diumumkan Perdana Menteri YAB Dato' Seri Najib Tun Razak pada September 2009 bakal membawa impak negatif kepada alam sekitar dan biodiversiti serta ekosistem di negeri ini selain membahayakan kesihatan rakyat terutamanya mereka yang tinggal di kawasan berdekatan.

Perdana Menteri pada Oktober 2009 telah mengumumkan bahawa Kerajaan Malaysia memberi keutamaan terhadap pembangunan Tenaga Hijau.

Sebagai salah satu inisiatif perkara itu, Perdana Menteri sendiri mengetuai Majlis Teknologi Hijau Negara yang akan melaksanakan Dasar Teknologi Hijau Negara.

Perdana Menteri sebagai pelopor Teknologi Hijau diperingkat antarabangsa dan kebangsaan didapati tidak selari apabila merancang membina loji janakuasa arangbatu di Lahad Datu.

Negara-negara maju telah menggantikan loji janakuasa arang batu tetapi kenapa kita di Sabah Malaysia harus mengikut jejak yang telah ditinggalkan! Teknologi bakal digunakan itu adalah tidak konsisten dengan dasar kerajaan yang mempromosi teknologi hijau serta mesra alam.

Mengapa setelah ditolak untuk dibina di Silam, Lahad Datu oleh Ketua Menteri Dato' Seri Musa Aman pada April 2008 dan seterusnya ditolak apabila ingin dibina di Seguntor, Sandakan, tetapi diluluskan apabila dipindahkan semula di Lahad Datu di kawasan Kg. Sinakut, FELDA Sahabat.

Rakyat di Silam, Lahad Datu dan Seguntor, Sandakan telah menolak loji janakuasa arang batu itu dan kini majoriti rakyat Sabah juga turut serta menolak loji itu.

Slogan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan seolah-olah telah berubah kepada Rakyat Dikemudiankan, Projek Diutamakan.

Adalah menjadi harapan agar suara rakyat melalui Dewan yang mulia ini dapat dibawa keperhatian Kerajaan Persekutuan supaya keputusan tegas untuk membatalkan projek itu dapat dibuat dengan segera.

Justeru itu, perkara ini adalah kepentingan awam, spesifik dan perlu disegerakan untuk dibincangkan dalam persidangan Dewan yang mulia ini.

Saya mohon pertimbangan Yang Berhormat Speaker.

Sekian dan terima kasih.

MELANIE CHIA

No comments: