Timbul persoalan besar yang berputar dalam kepala, apakah Kapal Layar mewah yang bernilai jutuan ringgit yang “dianugerahkan” oleh tokoh judi korporat, Ananda Krisnan kepada Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi itu bukannya berunsur “rasuah”?
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=print&sid=2183
Terbaru dan terharu sehari dua ini kecoh berita (media BN yang kecohkan hasil gerakan SPRM dan pihak atasan BN) kononnya Tok Guru dikaitkan dengan pergi haji dengan hadiah atau sponsor dari syarikat atau individu tertentu sehingga Tok Guru mengambil keputusan yang saya kira paling tepat dengan membatalkan pemergian itu walaupun tidak ada siapa yang berhak menghalangnya seperti yang sipertahankan oleh banyak pihak termasuklah PAS Kelantan.
Banyak pihak memberi respon kepada yang menyentuh darihal produk rasuah yang dinamakan dengan pelbagai istilah antaranya “duit kopi”, “minyak pelincir”, “tumbuk rusuk”, “komisyen” dan banyak lagi.
Tetapi, bukankah suatu yang menarik bahawa “hadiah” untuk sesuatu tujuan juga boleh dikaitkan sebagai rasuah. Soal ia sebagai hadiah hari perkahwinan, tidak timbul. Isu paling besar ialah rasuah dalam Kapal Layar itu.
Persoalannya, layakkah Pak Lah selaku Perdana Menteri menerima Kapal Layar tersebut yang bernilai jutaan ringgit itu? Apakah ianya dibenarkan oleh undang-undang? Tidakkah “hadiah” itu juga adalah rasuah yang boleh disabit di bawah Akta Rasuah?
Ananda mungkin tidak akan menghadiahkan Kapal Layar itu kepada Husam Musa atau Mohamad Sabu. Tidak juga memberinya kepada Pak Ali yang bekerja sebagai penoreh getah atau Cop Pin, seorang nelayan laut dalam. Ini sudah diduga kerana asas pemberian itu ialah “kepentingan bisnes”!
Sebagai tokoh korporat, Ananda mempunyai kepentingan tertentu (jelas) dalam perniagaan mega di Negara ini dan sudah tentu “hadiah” Kapal Layar itu mengandungi signal tersirat yang hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu.
Jadi tidak hairanlah, Ezam Mohd Noor, Salehuddin Ayub dan Mahfuz Omar menggunakan Pepetah Cina yang dipopularkan oleh Tun Ling Liong Sik, mantan Presiden MCA, bahawa “busuknya ikan itu bermula daripada kepala”. Ada benarnya pepatah itu dan hamper tepat dengan fenomena yang tercetus di negara ini.
Pengarah BPR yang baru patut bertegas dan menegaskan apakah “hadiah” Kapal Layar dari Ananda Krisnan kepada Pak Lah itu suatu rasuah ataupun tidak? Jika tidak, lebih banhyak lagi Pak Lah akan dianugerahkan pelbagai “hadiah” untuk menyogok dan menyuap Perdana Menteri itu dengan kepentingan tertentu dan boleh diramalkan.
Ini kerana, “hadiah” seumpama itu boleh dijadikan tukaran kepada pelbagai tuntutan pihak pemberi hadiah dan kesempatan ini sudah tentunya tiada pada orang lain selain dari Perdana Menteri sendiri. Hanya Pak lah sahaja yang dapat membetulkan tanggapan buruk dan serong terhadap dirinya.
Jika Pak Lah menganggap “hadiah” itu adalah “hadiah” dan bukannya rasuah, maka isu kedua timbul; siapa berani tangkap Pak Lah dan membicaranya?
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamualaikum.
Td dah buat komentar di ruang tersedia, bila lambat sgt klr ruang ini.
Harap anda tlg jelaskan supaya kita tdk keliru i.e. Camne pula cite Tok Guru arini dikaitkan dgn Pak Lah yg kini sebagai mantan PM. Byk cite Najib sbg PM yg blh dikemukakan.
Maaf kalau tulisan teman tidak dapat memenuhi tanggapan sdr, pasal Najib telah disentuh sebelum ini,cuma teman ambil kes besar supaya SPRM nampak atau buta matanya dengan kes yg perlu di siasat.Kes rasuah tidak kira PM dulu ke,PM sekarang ke ?semua ada terpalit.
Post a Comment