Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Tuesday, November 3, 2009
AIK ? TAKKAN TEGUR NASIHAT PUN TAK BOLEH ?
Jangan persoal Kabinet saya – Najib
Najib Tun Razak bersama Koh Tsu Koon menyampaikan buku Asas-Asas Kenegaraan Kita kepada kanak-kanak berbilang kaum selepas majlis perasmian Persidangan Perwakilan Nasional 2009 Parti Gerakan di Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA
KUALA LUMPUR 1 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pihak agar tidak mempersoalkan haknya sebagai Perdana Menteri untuk melantik sesiapa sahaja yang layak dan berkarisma menganggotai Kabinet.
Tegas beliau, segala tindakannya bukan bertujuan menggunakan kuasa semata-mata tetapi demi kepentingan semua pihak atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri untuk semua kaum, bukan untuk Melayu sahaja.
Menurut beliau, pelantikan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon sebagai menteri adalah bagi menghargai peranan parti itu dan sebagai sebahagian daripada proses pemulihan parti berkenaan.
“Jangan persoalkan, ini hak saya sebagai Perdana Menteri dan saya buat ini bukan saya nak gunakan kuasa tetapi sebab saya fikir saya adalah Pengerusi BN, saya buat demi kepentingan BN, saya bukan Presiden UMNO sahaja, saya juga Pengerusi BN.
“Saya bukan Perdana Menteri untuk Melayu tapi untuk semua rakyat Malaysia, sebab itulah saya bertindak sedemikian, saya lihat daripada keseluruhannya, saya melihat masa depan negara kita, saya lihat kita telah kena pukul oleh rakyat dengan memberikan peringatan dan isyarat dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan Perwakilan Nasional 2009 Parti Gerakan di sini hari ini.
Hadir sama, Tsu Koon, penasihat parti itu, Tun Dr. Lim Keng Yaik dan pemimpin-pemimpin parti komponen BN yang lain.
Khamis lalu, Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz mendesak Tsu Koon supaya berundur daripada barisan Kabinet kerana mendakwa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu gagal menunjukkan prestasi yang baik sebagai menteri.
Najib juga meminta UMNO tidak dianggap sebuah parti rasis gara-gara kenyataan seorang wakil rakyat parti itu terhadap seorang menteri lain yang berketurunan Cina.
“Ada orang kata UMNO adalah parti rasis, bukan kita adalah parti yang adil daripada mula lagi kita adalah inklusif, terbuka, demokratik dan amat menghargai kepentingan masyarakat berbilang kaum.
“Jangan pula hanya kerana satu dua pemimpin cakap sesuatu (terus anggap sebagai rasis) kerana individu dan dasar adalah lain, biasalah dalam mana-mana parti akan ada yang suka bercakap.
“Perlu tengok kepada polisi, sebabnya kalau kita rasis sudah tentu dari dulu lagi kita suruh tukar nama macam yang berlaku di negara jiran, namanya Hartono (tapi bangsa Cina), kita tidak berbuat demikian, kita tetap beri nama Koh Tsu Koon, Lim Keng Yaik,” katanya.
Jelas Perdana Menteri, kerajaan tidak pernah bertindak mengarahkan rakyat negara ini menukar nama kepada nama Melayu dan pada masa sama turut membenarkan sekolah kebangsaan jenis Cina beroperasi.
“Kita adalah inklusif yang mengambil kira kepentingan semua kaum, kita bina kekuatan berdasarkan kepada diversiti dan sebab itulah keluarnya konsep gagasan 1Malaysia, kita bergerak daripada tolerance to total acceptance and celebration (toleransi kepada penerimaan sepenuhnya dan meraikan pencapaian).
“Hasil pencapaian semua itulah kita terjemahkan kepada kelebihan strategik seperti Malaysia Truly Asia dalam pelancongan, hubungan baik antara China, India, Asia Barat dan negara-negara ASEAN dan dunia lain.
“Ini semua berpunca kerana negara berkenaan telah berjaya mengekalkan keunikan itu dan mereka pula amat mempercayai kita,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment